Ribuan Tercedera Dan 9 Terkorban Akibat Letupan Bom Dalam Alat Kelui Dipercayai Dilakukan Israel

Ribuan tercedera dan 9 dilaporkan terkorban apabila ratusan alat kelui di meletup secara serentak di Lubnan. Kesemua yang menjadi mangsa dipercayai adalah ahli Hezbollah dengan agensi risikan Israel Mossad dipercayai dalang di sebalik serangan besar-besaran ini.

Ketika artikel ditulis, Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan 2750 individu tercedera dan 9 terkorban apabila alat kelui yang dipakai pada tubuh meletup. Dalam video yang dikongsi ke media sosial pagi ini, dapat dilihat mesin kelui berbunyi sebelum meletup beberapa saat selepas itu. Adalah dipercayai bom kecil diletakkan di dalam kelui dan apabila ia menerima mesej tertentu, bom diletupkan.

Alat kelui digunakan oleh Hezbollah sebagai peranti pemesejan antara ahli kerana ia lebih sukar dijejak berbanding telefon selular. Ia masih menggunakan isyarat radio yang membuatkan penjejakan menggunakan menara selular lebih sukar dilakukan.

Pada tahun 1996, Yahya Ayyash seorang pembuat bom untuk Hamas meninggal dunia apabila telefon selular yang digunakan beliau meletup dipercayai diletakkan oleh agensi keselamatan Israel Shin Bet. Insiden ini menyebabkan penggunaan telefon selular digantikan dengan alat kelui.

Pihak Israel masih belum mengesahkan mereka bertanggungjawab tetapi Hezbollah telahpun mengatakan mereka akan melakukan serangan balas disebabkan oleh insiden ini.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply