Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila seorang wanita menjadikan menjadikan anaknya sebagai konten ‘Point of View ‘(POV) di mana dia cuba menggambarkan remaja lelaki itu sebagai suami.
Meskipun mempunyai pertalian darah namun netizen beranggapan wanita tersebut tidak sepatutnya menjadikan anaknya itu sebagai satu bahan kandungan media sosial.
Netizen juga meminta wanita berkenaan untuk menghentikan kandungan sebegitu sebelum perkara tak diingini berlaku.
Malah akaun TikTok tersebut juga sudah menjadi bahan perbualan netizen sehingga ada juga meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri untuk meneliti konten yang dikongsikan individu tersebut.
Namun siapa sangka perkara ini sebenarnya memberi kesan panjang masa kepada cara hidup jika tidak dibendung. Kisah benar ini dikongsi oleh seorang doktor Muhammad Hassan menerusi facebook miliknya.
Dia melahirkan rasa bimbang apa yang dipaparkan oleh wanita berkenaan walaupun ia sekadar kontent.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa.
Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼
https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
KISAH BENAR WANITA HAMIL BENIH ANAK SULUNG
Ni kisah 2015 di klinik O&G. Saya hampir ingin menulis kisah ini,tapi takut wanita ini membacanya. Wanita hamilkan hasil dari anak sendiri. Datang seorang perempuan berjumpa dengan Dr locum. Saya mendengar dari bilik sebelah sambil mop lantai. Cleaner kan.
Dr. Saya dah tak datang haid 2 bulan,mula muntah-muntah melayang,sakit bahagian peranakan.
Dr macam biasa,buat ujian air kencing. Dr cakap tahniah Puan,puan mengandung. Sekejap lagi kita buat ultrasound. Tapi puan ini menjerit dan menangis. Dr tanya kenapa puan?!
Dr,tolong gugurkan kandungan ini! Sebenarnya benih ini dari hasil anak saya sendiri!. Dr blurred!
Maksud puan,puan bersama dengan anak sendiri?!. Ya Dr!. Dr tepuk dahi. Tapi bagaimana puan boleh bersama dengan anak puan sendiri sedangkan puan sudah bersuami? Dr. Suami saya kerja oversea. 6-7 bulan baru balik. Saya ada 3 orang anak lelaki,anak lelaki sulung umur 18 tahun! muka,watak sebiji suami saya. Saya mula sayang anak sendiri(puan ini menangis).
Begini puan,saya kena rujuk kes puan kepada Pakar. Saya tiada kuasa untuk gugurkan kandungan ini,saya hanya Dr locum.
Tapi puan ini terus bangun. Jika begitu saya mahu pergi ke klinik lain,saya mesti gugurkan kandungan ini sebelum suami saya balik!. Puan ini terus bangun,terus keluar klinik tanpa buat bayaran.
Kes ini saya hampir dengan kes yang viral sekarang. Walaupun hanya lakonan,namun itulah permulaan grooming dan ia boleh membangkit nafsu dan cinta. (Moga Allah jauhkan)
Yup kes ibu bercinta dengan anak ini wujud ya tuan puan. apabila kehilangan suami,suami berjauhan dan berpisah dengan anak bertahun-tahun tahun lamanya.
Anak pula ada iras suami,melepaskan rindu dengan anak dan mencurahkan cinta kepada anak sendiri.
Itu belum kisah Pakcik bercinta dengan anak saudara dalam diam,beranak pinak! Kita ingat kisah ini hanya di negara barat orang kafir,orang kita sendiri pun ada.
Moga Allah pelihara kita dari perbuatan terkutuk ini.
Sumber: Muhammad Hassan
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.