Neuralink Membangunkan Implan Membolehkan Insan Buta Kembali Melihat

Neuralink pagi ini mengumumkan mereka telah menerima kebenaran FDA untuk menguji implan baharu yang membolehkan insan buta kembali melihat. Implan Blindsight diberikan Penetapan Peranti Penemuan Baharu kerana memberikan ciri yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

Pihak Neuralink tidak memberikan sebarang maklumat mengenai rupa dan bagaimana Blindsight akan dipasang pada pesakit. Elon Musk yang merupakan pengasas Neuralink hanya berkata ia boleh mengembalikan penglihatan pada kedua-dua mata pada insan yang dilahirkan buta.

Di peringkat awal ia adalah beresolusi rendah dengan grafik seakan Atari sebelum berkemampuan memberikan pemandangan yang sama seperti manusia biasa sebelum juga boleh menawarkan pemandangan dalam mod infra merah, ultra ungu dan juga seakan radar.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply