Mozilla Menamatkan Pelayan Mastodon Untuk Mozilla.Social

Mozilla hari ini mengumumkan mereka akan menamatkan pelayan Mastodon mereka tersendiri dibawah jenama Mozilla.Social. Pelayan berkenaan akan ditamatkan pada 17 Disember 2024 kelak, dan sementara itu, pengguna boleh memulakan proses pemindahan data mereka ke pelayan Mastodon lain.

Sebelum ini, Mozilla telah memperkenalkan Mozilla.Social sejak terbuka pada Mei 2023 lepas, dengan fokus menawarkan perkhidmatan sosial yang lebih sihat. Walaubagaimanapun, angka pengguna perkhidmatan berkenaan sangat mendukacitakan.

Berdasarkan kepada data melalui pelayan Mastodon, Mozilla.Social hanya mempunyai sekitar 270 pengguna aktif setiap bulan, dan keseluruhan seramai 1285 pengguna. Angka berkenaan sendiri boleh dikatakan sangat kecil jikalau dibandingkan dengan pelayan Mastodon lain, apatah lagi pada tahap Mozilla.

Ia tidak diketahui mengapakah Mozilla gagal menarik pengguna menggunakan platform mereka setakat ini. Bagi anda yang mendaftar dengan Mozilla.Social, boleh memulakan proses pemindahan data sebelum ia ditamatkan sepenuhnya pada 17 Disember 2024 kelak.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply