Google Akan Melabel Kandungan AI Pada Carian Search dan Iklan

Google akan mula memaparkan label pada kandungan yang dijana menggunakan kecerdasan buatan (AI) dalam carian Google Search dan Google Ads. Label “About this image” boleh ditekan bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai imej yang sedang dilihat pada skrin peranti.

Contoh maklumat AI dengan datameta C2PA

Kesemua imej yang dijana menggunakan AI dan ditanda menggunakan piawaian datameta C2PA serta SynthID akan mempunyai label ini. Google baru sahaja menyertai C2PA tahun ini dengan ia turut dianggotai juga oleh Adobe, Microsoft, Sony, Meta, BBC, ARM, Intel, TruPic dan Twitter. Ia ditubuhkan bagi membangunkan piawaian industri bagi mengenalpasti dan melabel kandungan yang dijana oleh AI generatif.

Sokongan label AI bukan sahaja akan dipaparkan dalam Google Search tetapi juga dalam Google Images, Lens dan Circle to Search di bulan-bulan mendatang. Imej yang dijana AI generatif telah mula membanjiri internet dan isu utamanya ialah semakin ramai orang tertipu dengan imej palsu ini sehingga mendatangkan kemudaratan.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply