Instagram Memperkenalkan Akaun Remaja Dengan Lebih Perlindungan, Kawalan Kandungan

Instagram hari ini memperkenalkan Teen Accounts atau Akaun Remaja, memfokuskan kepada mereka yang berusia bawah 16 tahun, dan memastikan pengalaman yang selamat di platform perkongsian tersebut.

Meta mengatakan akaun remaja ini hadir dengan perlindungan tambahan – termasuk dari segi siapa yang boleh berhubung dan juga kandungan yang boleh ditonton. Instagram turut akan menawarkan kaedah baharu dalam terus melihat kepada minat-minat baharu melalui platform berkenaan. Meta mengatakan pengguna dibawah akaun remaja juga memerlukan kebenaran ibu bapa untuk mengubah sebarang tetapan.

Semua akaun remaja juga akan ditetapkan sebagai peribadi, sekaligus mengelak orang yang tidak dibenarkan daripada melihat kandungan. Beberapa tetapan tambahan lain yang turut disertakan adalah notifikasi apabila mencapai had masa pelayaran 60 minit pada aplikasi tersebut, selain mod tidur antara 10 malam hingga 7 pagi yang akan mematikan semua notifikasi.

Meta menyatakan mereka akan memperkenalkan akaun remaja ini secara berperingkat mengikut negara bermula hari ini. Pengguna di Malaysia dijangka boleh mengujinya sekitar bulan Januari 2025 kelak. Meta turut menyasarkan pengenalan akaun remaja untuk produk mereka yang lain kelak pada 2025.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply