OpenAI Baiki Masalah ChatGPT Mulakan Perbualan Secara Sendiri Dengan Manusia

Beberapa hari lepas, hadir beberapa paparan skrin ke arena web yang memperlihatkan ChatGPT memulakan perbualan sendiri bersama manusia, sekaligus membawa kepada pelbagai spekulasi awam berkaitan dengan model kecerdasan buatan berkenaan.

Menyentuh mengenainya, kini OpenAi mengatakan ia adalah masalah pepijat, dan telah membaiki masalah tersebut.

Ia dikatakan masalah tersebut hadir apabila model berkenaan cuba untuk memberikan respon kepada sesuatu mesej yang tidak dihantar dengan baik, sekaligus membuatkan ia memberikan respon berasaskan kepada memori ChatGPT.

Apa pun, perkara ini tidak menghentikan pelbagai pengguna membuat spekulasi berkaitan kecerdasan buatan yang menjadi kawan atau rakan perbualan pada masa akan datang – termasuk menyemak kesihatan dan keadaan diri dari semasa ke semasa.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply