Papan Kekunci Razer BlackWidow V4 Pro 75% Baharu Dilengkapi Paparan OLED 2″

Razer cenderung mempunyai pilihan produk yang menarik khususnya dalam untuk tujuan gaming. Baru-baru ini Razer melancarkan papan kekunci nirwayar terkini BlackWidow V4 Pro 75% dengan butang kawalan dan paparan OLED 2″ baharu untuk pengalaman berbilang tugas yang lancar.

Ia termasuklah akses masa nyata kepada metrik serta data sistem penting PC seperti tetapan papan kekunci, statistik sistem dan lain-lain. Sementara itu roda kawalan terbina membolehkan pelbagai tetapan seperti kecerahan skrin, kelantangan audio, pertukaran aplikasi dan kawalan media dibuat dengan mudah.

BlackWidow V4 Pro 75% juga dilengkapi suis mekanikal Razer Orange Tactile Switches (Gen-3) yang didakwa mampu memberikan pengalaman menaip yang responsif dan senyap. Ini boleh dibantu oleh ciri Tape Mode yang boleh mengalihkan profil bunyi ke frekuensi lebih rendah sekaligus menyumbang pada pengakaman menaip yang lebih senyap tanpa mengangggu sekeliling.

Razer juga telah mengeluarkan pad nombor namun masih mengekalkan kekunci anak panah dan fungsi (FN) untuk menyesuaikannya dengan keperluan pengguna yang berbeza. BlackWidow V4 Pro 75% turut menyokong sistem lampu RGB Chroma yang boleh disesuaikan sepenuhanya melalui Razer Synapse.

Pilihan sambungan disediakan pula termasuk Razer HyperSpeed Wireless (2.4 GHz), Bluetooth 5.1 dan USB-C. Di samping itu boleh berfungsi sehingga 2100 jam penggunaan dengan paparan OLED dan lampu latar yang tidak diaktifkan. Harga jualan adalah AS$299.99 (~RM1,292) dan lebih mahal berbanding model bersaiz penuh.


Posted

in

by

Tags:

Comments

Leave a Reply