Didik Anak Cara Maryam Durian Kimchi, Tak Semua Kita Suka Boleh Dapat, “Satu Hari, Satu Barang…”

Didik anak cara Maryam Durian Kimchi, tak semua kita suka boleh dapat, “Satu hari, satu barang..” Selebriti media sosial, Maryam You Narae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi sering berkongsi video anak kesayangannya, Rina.

Isteri kepada selebriti media sosial, Ryzal Ibrahim ini juga gemar berkongsi video menu hidangan yang disediakan untuk anak perempuan kesayangan mereka itu.

Didik Anak Cara Maryam Durian Kimchi, Tak Semua Kita Suka Boleh Dapat, “Satu Hari, Satu Barang, Dua Tak Boleh”

 

 

Terbaru menerusi perkongsian Maryam di laman Instagramnya, Maryam berkongsi video memaparkan gelagat Rina yang kelihatannya sedang menangis. Rina mahukan patung mainan sedangkan Rina sudah pun memilih satu patung mainan sebelumnya. Maryam dan Ryzal enggan menunaikan permintaan Rina kerana ingin mendidik Rina agar memilih hanya satu barang permainan sahaja dalam sehari. Tidak boleh lebih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)

Maka bermulalah drama air mata Rina. Memang ramai ibu bapa yang mengalami masalah seperti ini bukan? Perkongsian Maryam mencuri perhatian warga maya. Ramai yang geram dengan gelagat Rina yang menangis kerana inginkan anak patung tersebut.

Berikut antara komen-komen warga maya.

Untuk rekod, Maryam mendirikan rumah tangga bersama Ryzal pada 15 Ogos 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Sumber: Instagram Maryam Younarae

Baca artikel lain juga: Telatah Anak Maryam Durian Kimchi Cuit Hati Warga Maya, Rina Nak Kurus La

“Tersentuh Hati Tengok Didikan” Ryzal & Maryam Dipuji Pandai Didik Anak!

Ramai Suka Tengok Anak Maryam Tertib Habiskan Makanan, Pandainya!

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

 

 

 

 

 

 

 

 

Comments

Leave a Reply