Gula Cakery Petite x Arieni’s Roti Jala Perkenal Citarasa Melayu di Elmina Lakeside Mall

Siapa yang tidak mengenali jenama Gula Cakery? Terkenal sebagai salah satu perniagaan kek dan pastri tempatan, Gula Cakery telah menawan hati ramai pencinta manisan di Malaysia.

Kini, mereka meneruskan langkah besar dengan membuka cawangan ke-11, Gula Cakery Petite x Arieni’s Roti Jala, yang terletak di Elmina Lakeside Mall, Selangor.

Perniagaan yang diasaskan oleh keluarga ini bukan hanya sekadar memenuhi impian mereka, tetapi juga membuktikan bahawa kerjasama keluarga mampu menghasilkan sebuah jenama yang berjaya.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Gula Cakery Petite, Arieni Ritzal,  lokasi baru ini dipilih untuk memenuhi selera masyarakat setempat sambil mengembangkan jenama mereka.

Menu Istimewa Cawangan Elmina: Sentuhan Melayu yang Unik

Cawangan ini tampil istimewa dengan menyajikan hidangan Melayu yang sukar ditemui di kafe-kafe lain. Dari roti jala hingga ke hidangan seperti kicap ayam, masak lemak udang, daging dendeng, dan nasi ayam, Gula Cakery Petite x Arieni’s Roti Jala benar-benar menawarkan kelainan.

Selain itu, mereka juga menyediakan snek tradisional seperti cucur bawang dan cekodok pisang, menjadikannya tarikan bagi mereka yang mencari sentuhan rasa tempatan.

Arieni menekankan bahawa hidangan Melayu ini diperkenalkan untuk memberi lebih pilihan kepada pelanggan, memandangkan kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai restoran makanan segera.

“Di kafe lain kami menampilkan makanan barat, tetapi di sini kami ingin memberi kelainan dengan menyajikan makanan Melayu,” jelasnya.

Lebih 60 Jenis Kek dan Dekorasi yang Memukau

Walaupun kafe ini berkonsepkan ruang kecil dan comel, ia menawarkan lebih daripada 60 jenis kek, termasuk kek dan pastri terbaru seperti soft cookies yang dipilih sendiri oleh Arieni dan chef.

Menariknya, kesemua kek yang disajikan di sini telah mendapat pengiktirafan sijil Halal, menjadikan ia pilihan terbaik untuk pelanggan Muslim.

Dari segi dekorasi, Arieni memilih tema yang segar dan memukau. Dinding kafe dihiasi dengan rona kuning lembut yang diserikan dengan motif bunga berwarna merah, mencipta suasana yang nyaman dan harmoni. Arieni, yang gemar mencipta ruang yang cantik!

 

“Saya memilih warna-warna yang mampu membangkitkan keserian pada bahagian dalaman kafe. Ini penting agar pelanggan dapat menikmati suasana yang menyenangkan ketika menjamu selera.”

Untuk pelanggan yang lebih suka menikmati makanan di luar, kafe ini dihiasi dengan bunga-bungaan pelbagai warna, menjadikan ia spot yang sempurna untuk bergambar.

Cabaran Mengekalkan Kualiti & Konsistensi Rasa

Arieni juga tidak menafikan cabaran besar dalam memastikan setiap cawangan mengekalkan kualiti rasa yang sama.

“Mengekalkan konsistensi rasa di setiap cawangan bukanlah sesuatu yang mudah, terutamanya apabila setiap cawangan menguruskan penyediaan makanan mereka sendiri,” katanya.

Beliau menekankan bahawa kesegaran makanan menjadi kunci utama dalam setiap hidangan.

“Semua makanan Melayu di sini dimasak segar oleh chef sejurus selepas pelanggan membuat tempahan, memastikan mereka menerima makanan yang panas dan berkualiti,” tambahnya.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/konsep-moden-elegan-ala-santorini-outlet-ke-10-gula-cakery-petite-bakal-jadi-talk-of-the-town/

Gula Cakery: Sebuah Legasi Keluarga

Jenama Gula Cakery tidak asing lagi dengan dunia kek dan pastri tempatan. Dengan cawangan di pelbagai lokasi termasuk Kota Kemuning, KL East Mall, dan IOI City Mall, Gula Cakery telah berjaya mewujudkan legasi sebagai kafe kek dan pastri yang dipercayai. Dengan pembukaan cawangan terbaharu ini, mereka sekali lagi membuktikan komitmen mereka dalam menyediakan makanan yang berkualiti tinggi sambil mengekalkan elemen tradisi dalam setiap hidangan.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply