Tip Pilih Pelamin Cantik Untuk Pengantin, Mahal Murah Belum Tentu Beri Kepuasan

Buat bakal pasangan pengantin yang mahu pilih pelamin simple tapi cantik, tak perlu habiskan ribuan ringgit.

Kali ini anda boleh cedok idea ini untuk merealisasikan impian hari bersejarah lengkap dengan sebuah pelamin idaman, bukan hanya menyerahkan bulat-bulat kepada pihak lain atau lepas tangan sahaja.

Ini kerana pelamin merupakan salah satu elemen penting yang menjadi tumpuan, kerana ia menjadi tempat utama untuk sesi bergambar.

Tentu sekali musim cuti umum dan cuti penggal persekolahan menjadi pilihan untuk meraikan pasangan raja sehari itu.

Berikut antara tip yang dikongsikan seorang jurugambar perkahwinan, Mohamad Hafiz Hashim buat panduan bakal pengantin.

Tip Pilih Pelamin

1. Elakkan guna banyak warna.

Penggunaan tiga warna sahaja sudah cukup, dan yang paling digalakkan gunakan backdrop putih dan ditambah seri dengan bunga-bungaan atau dedaun hijau.

2. Tutup keseluruhan dewan.

Bagaimanapun jika pelamin dipasang di dalam rumah dan ruang sempit, tutup bahagian kiri dan kanan pelamin.

3. Elak halakan spotlight ke muka.

Bagi yang menggunakan lampu spotlight, jangan halakan ke muka. Cahaya yang dipancar terus akan membuatkan pengantin silau waktu bersanding, sekaligus mencacatkan gambar.

4. Gunakan satu warna untuk lampu pelamin.

Elakan lampu pelbagai warna, dan sangat tidak digalakkan menggunakan lampu yang jenis bertukar-tukar warna. Pelamin bukan fun fair.

5. Kerusi pelamin.

Pastikan tiada bunga yang menghalang di sebelah kerusi. Ini akan memudahkan jurugambar mengambil group foto.

6. Bijak memilih warna pelamin.

Pengantin bebas memilih warna tema pelamin, namun perlu diingatkan jangan memilih warna mirip dengan busana, bimbang anda bukan pengantin tetapi sesumpah!

7. Pilih ruang sesuai.

Ini sangat penting jika pelamin dipasang di dalam rumah. Pastikan tiada tiang atau objek kekal yang menghalang di depan. Pastikan juga ruang pelamin bukan laluan utama seperti laluan ke dapur.

8. Pencahayaan.

Adalah satu bonus jika pelamin yang mendapat sedikit pencahayaan semula jadi dari luar.

9. Jangan susun hantaran betul-betul depan kerusi pelamin.

Ini bukan sahaja mencacatkan gambar, tetapi menyempitkan ruang. Sebaiknya sediakan meja atau ruang di bahagian tepi untuk meletak hantaran.

Jadi, bagi anda yang bakal menjadi raja sehari, pastikan pilihan pelamin sudah dipilih lebih awal sebulan sebelum majlis. Elakkan kejadian saat akhir, tiada pilihan lagi haru hasilnya!

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply