Mak mentua jangan bandingkan cara kita dengan menantu, memanglah tak sama. Salah satu isu yang sering dibincangkan adalah sikap mak mentua yang cenderung untuk membandingkan cara menantu mengurus rumah tangga atau menjaga anak dengan cara mereka sendiri.
Mak Mentua Jangan Bandingkan Cara Kita Dengan Menantu, Memanglah Tak Sama
Situasi ini boleh menimbulkan ketegangan dan perasaan tidak selesa di kalangan menantu. Generasi menantu kita tidak sama dengan generasi kita. Mereka mungkin mempunyai pendekatan yang berbeza terhadap kehidupan, termasuk cara mereka mendidik anak, menguruskan kewangan, atau menyelesaikan masalah rumah tangga.
Menerima perbezaan ini dan cuba untuk belajar daripada satu sama lain boleh menjadikan hubungan lebih positif dan saling menghormati.
Salah mentua ke. Salah menantu ke atau salah suami yang tak pandai lagakan hati kedua-dua belah pihak?
Ini yang cuba disampaikan saudara Firdaus Shakirin, bila jadi mentua sepatutnya mak-mak kena masuk diri dalam dunia menantu.
Nanti Bila Dah Jadi Mertua…
Anak kita akan berkahwin dan kita akan dapat menantu. Nak tak nak, kita tetap kena terima hakikat yg anak kita akan memulakan satu kehidupan baru.
Kehidupan bersama pasangannya dan anak-anaknya.
Sebagai seorang mertua, apa yang perlu kita lakukan? Jangan masuk campur dengan urusan rumahtangga anak sekiranya mereka tiada apa-apa masalah. Biarkan mereka menempuhi asam garam kehidupan berumahtangga, biar mereka belajar apa akibat daripada setiap keputusan yang mereka buat. Biar mereka tentukan halatuju rumahtangga mereka.
Jangan cuba memperbandingkan cara kita dengan cara menantu kita. Dari saat dia mengandung, berpantang sehinggalah menjaga anak-anaknya. Jangan keluar kata-kata:
“Dulu mak mengandung tak manja macam kau pun. Dulu mak hari ketiga berpantang sudah boleh mengemas rumah. Dulu mak bagi anak-anak mak makan itu, makan ini, dia tak kembung perut pun, dia tak sakit pun.”
Cerita Dulu Tak Akan Sama Dengan Sekarang
Jangan… dulu is dulu… sekarang is sekarang.
Tahap kekuatan, kemampuan, ketahanan orang dulu dan orang sekarang berbeza. Cara hidup beza, apa yang dimakan beza, masa bekerja, masa tidur juga berbeza.
Menantu kita mungkin tak sekuat kita, menantu kita, mungkin tak setahan kita. Menantu kita mungkin lemah. Tapi jangan kita membanding-bandingkan apa yang dialaminya, dibuatnya dengan apa yang dialami kita dan dibuat kita.
Jangan iri hati, dengki sekiranya anak menghabiskan masa untuk keluarganya. Jangan menyuruh anak memilih antara diri kita atau pun isterinya. Walaupun dia perlu bertanggungjawab terhadap kita sebagai orang tuanya, tapi dia juga ada keluarga, ada isteri, ada anak-anak untuk dijaga.
Jikalau tiada apa-apa, biarkan dia dengan keluarganya. Jangan menyindirnya yang dia sudah lupakan kita. Jangan perli anak kita dengan harapan anak kita akan lebih mengutamakan kita daripada isterinya dan anak-anaknya.
Anak Akan Ada Kehidupan Sendiri
Jangan buat dia serba salah…
Berlapang dada untuk terima bahawa satu hari nanti, anak-anak kita ada kehidupan lain yang perlu dilaluinya dan menuntutnya untuk membahagikan waktu antara kita dan keluarganya. Itu adalah salah satu daripada perjalanan kehidupan kita dan kita pun pernah melaluinya dulu.
Hubungan antara mak mentua dan menantu adalah hubungan yang perlu dipupuk dengan kasih sayang, hormat, dan tolak ansur. Jangan bandingkan cara kita dengan menantu kerana setiap orang mempunyai cara yang unik dalam menguruskan kehidupan mereka. Dengan berikan ruang, kepercayaan, dan sokongan, hubungan ini boleh berkembang menjadi hubungan yang mesra dan penuh dengan kebaikan.
Sebagai mak mentua, adalah penting untuk ingat bahawa peranan kita sekarang bukanlah untuk mengawal, tetapi untuk menyokong dan memberikan dorongan kepada generasi baru.
Sumber: Firdaus Shakirin
Baca artikel lain juga: Mak Mentua Hargai Pilihan Anak, Terima Menantu Perempuan Dengan Hati Terbuka
Mak Mentua Jangan Anggap Menantu Perempuan Pesaing, Konon Rampas Anak Lelaki Kesayangan
Mak Mentua Jangan Pandang Rendah Pada Menantu Tak Kaya, Selalunya Merekalah Yang Boleh Diharap
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.