Panorama Sawah Padi Indah di Kampung Labu Kabung Perak, Ada Tali Air Yang Bersih

Tahukah anda di Kuala Kangsar Perak terdapat sebuah perkampungan dengan pemandangan bukit-bukau ala-ala Kundasang dan sawah padi bersih ala-ala Bali?

Ya, inilah Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau Kuala Kangsar yang terletak di Perak. Okay, nak tahu apa yang menarik dan aktiviti best di sini, jemput baca perkongsian saudara Hazwan Hafiz sepanjang dia bercuti di sana.

Kampung Labu Kubong di Perak

Terdapat dua tempat yang bernama Labu Kubong. Satu Kampung Labu Kubong yang terletak di Padang Rengas, Kuala Kangsar dan satu lagi di Chenderong Balai, Teluk Intan.

Jangan salah tempat, ini cerita Kampung Labu Kabung yang terletak di Kuala Kangsar. Apa yang menariknya kampung ini?

Kampung Lubuk Merbau merupakan sebuah kampung kecil dengan panorama yang memukau. Walaupun tak hujan, suasana pagi berkabus oleh kerana faktor geografi kampung ini yang dikelilingi bukit bukau dan sawah padi.

Homestay Terbaik Konsep Tradisional Melayu Lama

Haa… kalau nak tahu, kampung ini pernah memenangi anugerah inap desa (homestay) terbaik Kementerian Pelancongan pada tahun 2018. Pengunjung boleh menginap di sini dengan banyak jenis inap desa bercirikan rumah tradisional Melayu lama.

Bukan sekadar tidur je di sini, pengunjung boleh melibatkan diri dalam aktiviti harian penduduk kampung seperti turun ke sawah, ambil madu lebah, tarik upih, buat kraftangan, melihat usahawan kuih tradisional dan bermacam lagi.

Ada banyak spot-spot menarik untuk bergambar 00TD berlatarkan sawah padi yang menghijau. Sawah padi & tali air dia pun tersusun dan bersih ja, tak kotor. Tali air dia pulak korang boleh berenang hujung ke hujung tali air. Mengimbau nostalgia betul.

Buat anda yang suka main basikal dan kaki 00TD, pasti akan menyukai Kampung Labu Kubong ini. Ada banyak ‘route’ atau laluan melalui batas? sawah padi sambil boleh tengok perusahaan kecil masyarakat kampung buat kerepek dan kuih tradisi sekitar kampung.

Kalau anda melalui jalan utama dari Kuala Kangsar ke Gerik, jangan lupa singgah di kampung ini. Tak jauh pun dari susur keluar Tol Kuala Kangsar. Lebih kurang 7KM je ke sini.

Google Maps/Waze:
Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau Kuala Kangsar, Perak.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply