Zulin Aziz Kecil Hati Dianggap Gemuk, “Saya Okay Saja Kalau Orang Cakap Hamil”

Zulin Aziz tidak terasa hati ditegur badan berisi sebab mengandung daripada dianggap gemuk. “Lebih baik cakap saya mengandung daripada kata saya gemuk”. Demikian luahan hati artis versatil, Zulin Aziz tentang dirinya yang sering kali disangka berbadan dua.

Zulin Aziz Kecil Hati Dianggap Gemuk, “Saya Okay Saja Kalau Orang Cakap Hamil”

Menurut Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, dia menganggap kata-kata orang yang menyangka dia hamil sebagai satu doa.

“Saya tak okay kalau orang cakap saya dah gemuk, saya okay saja kalau orang cakap saya hamil. Saya gembira saja kalau badan naik dan orang tegur, ‘Eh pregnant’.

“Saya akan aminkan doa itu sebab tak ada la malu sangat yang saya dah gemuk kan.

“Kalau macam orang tegur, ‘Kau dah gemuk sekarang’, saya akan kecil hati.

“Bagi saya, kalau ada yang nampak saya gemuk tu, anggap sajalah yang saya hamil.”

Tambah Zulin, dia akan menjadi lebih semangat untuk mendapat cahaya mata sekiranya ada yang beranggapan dirinya sedang berbadan dua.

“Saya anggap mereka teruja lah dan saya pun jadi semangat nak buat anak. Lagipun, bila mereka tanya atau tegur itu, saya anggap itu satu doa juga.

“Nak cakap balik dekat orang yang saya tak hamil itu, saya takut kecewakan mereka pula. Jadi, saya biarkan saja dan anggap saja la saya hamil.”

Ketika ditanya adakah dirinya terasa hati jika ada pihak yang memegang bahagian perutnya, pelakon berusia 35 tahun ini memilih sikap terbuka dan menganggap ia sekadar cara seseorang itu mahu memulakan perbualan dengannya.

“Saya tak terasa langsung (pegang perut), kalau ada orang pegang perut boleh terus pregnant, saya nak. Sebenarnya ikut logik, orang jadikan sebagai topik untuk berbual saja.

“Lagipun itu benda pertama yang dia nampak. Kita anggap itu topik perbualan.”

Untuk rekod, Zulin dan suaminya, Farhan Norzaini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2022.

Sumber: Oh Bulan

Baca artikel lain juga: Zulin Aziz Kunci Mulut Punca Pergaduhan Dengan Suami “Doakan Yang Baik-Baik”

Zulin Aziz Selamat Jalani Pembedahan “Menangis Minta Suami Bawa Ke Klinik, Ingatkan Gastrik Kot Sebab Diet”

Jika Tak Keberatan, Doakan Semoga Kami Dikurniakan Zuriat Zulin Aziz

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

 

 

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply