Sis Ohsem, Semak Transformasi Digital Oleh Ideaktiv Dengan Pelancaran Aplikasi SeeNI & Kliik.Je!

Sis ohsem, semak transformasi digital oleh Nu Ideaktiv ni, bergegar dunia digital dengan pelancaran aplikasi SeeNI dan portal Kliik.je!

Penerbit Hijabista iaitu Nu Ideaktiv Sdn Bhd, dengan bangga mengumumkan pelancaran dua produk terbarunya iaitu aplikasi seeNi dan portal Kliik.je.

Pelancaran rasmi berlangsung pada 13 September 2024 di Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur sempena acara Malaysia Digital Content Festival 2024 atau MYDCF.

Pelancaran Aplikasi seeNI dan Portal Kliik.je telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Fadzli Abdul Wahit, Naib Presiden Kanan Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) diiringi barisan pengurusan Nu Ideaktiv.

Instagram @seeni.my

 

Instagram @seeni.my

 

Instagram @seeni.my

 

Instagram @seeni.my

CREATORS EXPO

Pelancaran ini disambut dengan baik oleh tetamu yang hadir yang terdiri daripada tokoh-tokoh industri, pemimpin politik, warga media dan orang ramai.

Aplikasi seeNi adalah SuperApp terbaru yang dibangunkan oleh Nu Ideaktiv, dengan matlamat untuk merevolusikan cara pengguna menggunakan kandungan digital.

Aplikasi ini menyediakan pelbagai jenis kandungan termasuk artikel, video, podcast dan siri seeNi Original.

Para hijabi dapat mengakses aplikasi ini secara percuma melalui Google Playstore, Apple App Store dan Huawei AppGallery.

 

Instagram @seeni.my

Nak jadi pencipta kandungan seperti Malia Baby atau Shafifah Rose? Tak mustahil dengan aplikasi ini anda pun boleh menikmati pendapatan melalui platform SeeNI!

Selain itu, di dalam SeeNi juga terdapat portal yang menggabungkan 18 IPs (Jenama Media) Ideaktiv serta menyediakan akses kepada Sinar Harian, Astro Awani, Amanz, serta Kita Family Podcast.

SeeNI juga memberi ruang kepada pencipta kandungan seperti Hazeman Huzair dan Suhaib Henshin untuk berkarya termasuk siri original seperti WTH Podcast.

Instagram @seeni.my

 

Instagram @seeni.my

Portal ini dirancang untuk menjadi destinasi utama untuk kandungan digital berkualiti dan menyokong pencipta kandungan tempatan.

Kliik.je pula adalah platform yang interaktif dan berasaskan komuniti, direka untuk memupuk kegembiraan dan keterujaan dalam kalangan komuniti, menawarkan aktiviti-aktiviti menarik dan ganjaran menarik kepada penggunanya termasuk akses kepada pertandingan, sampel percuma, event, seminar, dan webinar.

Pengguna boleh mendaftar di Kliik.je dan memilih tugasan serta cabaran yang bersesuaian dengan minat mereka untuk menikmati ganjaran yang ditawarkan.

Instagram @seeni.my

 

Instagram @seeni.my

Dengan aplikasi seeNi, rakyat Malaysia kini mempunyai akses kepada pelbagai jenis kandungan yang bukan sahaja mendidik tetapi juga menghiburkan. Portal Kliik.je pula akan menjadi pusat komuniti yang memperkasakan pengguna dengan pelbagai ganjaran dan peluang.

Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Ideaktiv, menyatakan kegembiraannya dengan peluang untuk membawa inovasi digital tempatan kepada masyarakat Malaysia.

Beliau menyatakan bahawa ini adalah langkah awal yang mengujakan dalam usaha Ideaktiv untuk membentuk masa depan digital negara. Beliau menekankan bahawa aplikasi seeNi dan portal Kliik.je bukan sahaja membawa nilai tambah kepada pengguna, tetapi juga menyokong pertumbuhan industri kandungan tempatan.

Instagram @seeni.my

 

Instagram @seeni.my

Encik Syamil juga menegaskan komitmen Ideaktiv adalah untuk terus berinovasi dan memberikan yang terbaik kepada pengguna dengan menyediakan platform yang relevan dan bermakna.

Ideaktiv juga bercita-cita untuk menjadikan seeNi dan Kliik.je sebagai penanda aras baru dalam industri kandungan digital tempatan dan akan terus berusaha untuk menyediakan pengalaman yang unik dan bermakna kepada pengguna mereka.

Nu Ideaktiv turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong pelancaran ini, termasuk rakan kongsi, media, dan pengguna. Bersama-sama, kami menantikan masa depan yang cemerlang dalam dunia digital Malaysia.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/kenali-maya-sidek-juruteknik-ndt-hijabi-paling-berani-tukar-lampu-spotlight-klcc/


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply