Adibah Bebas Tuduhan Nusyuz, “Syukur Nama Dibersihkan & Bukti Bukan Isteri Derhaka…”

Adibah bebas tuduhan nusyuz, “syukur nama dibersihkan & bukti bukan isteri derhaka. Pasti ramai mengingati kes Adibah Abd Mutalib yang difailkan nusyuz oleh bekas suaminya, Rosland Othman selepas lelaki tersebut mengahwini pelakon Miera Liyana.

Walau pada awalnya Adibah enggan diceraikan kerana sudah mendirikan rumahtangga selama 28 tahun namun akhirnya pasangan ini bercerai jua.

Adibah Bebas Tuduhan Nusyuz

Dalam pada itu, Adibah juga berhadapan dengan tuduhan nusyuz dibuat oleh Rosland dan terbukti semalam, pihak mahkamah menolak tuntutan kes nusyuz dibuat bekas suaminya, Rosland Othman.

Memetik laporan Harian Metro, “saya rasa bersyukur kerana keputusan mahkamah hari ini, dapat membersihkan nama saya,”.

Demikian kata bekas madu pelakon Miera Leyana, Adibah Abd Mutalib, 51, selepas Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini, mengumumkan keputusan tuntutan kes nusyuz dibuat bekas suaminya, Rosland Othman.

Adibah ketika ditemui di perkarangan mahkamah berkata, dia bersyukur kerana dapat meneruskan kehidupannya tanpa perlu dilabel sebagai isteri nusyuz.

“Dua tahun kes ini berjalan. Alhamdulillah, sangat bersyukur kepada Allah sebab keputusan berpihak kepada kita. Tak tahu nak cakap apa. Rasa syukur dapat bersihkan nama saya dan teruskan dengan proses tuntutan lain. Insya-Allah.

“Yang penting, tak ada label nusyuz. Sebab orang tak faham. Sekarang kita boleh teruskan kehidupan,” katanya.

“Syukur Nama Dibersihkan & Bukti Bukan Isteri Derhaka…”

Peguam yang mewakili Adibah, Junid Ramali, berkata, pihaknya dapat meyakinkan mahkamah sekali gus membuktikan dakwaan yang mengatakan anak guamnya itu seorang isteri nusyuz adalah tidak benar.

“Alhamdulillah, untuk keputusan hari ini memihak kepada Adibah, di mana dia dibebaskan daripada tuduhan nusyuz. Sabitan nusyuz yang dibuat oleh pihak plaintif, ditolak oleh mahkamah.

“Jadi, mahkamah menerima hujahan kita, di mana kita beritahu bahawa plaintif sebenarnya tidak bersungguh untuk memperbaiki hubungan rumah tangga dan nak buat tuntutan nusyus hanya untuk menganiaya defendan (ketika itu sebagai isteri) atau nak menunjukkan bahawa hanya defendan yang bersalah serta menyebabkan keruntuhan rumah tangga.

“Alhamdulillah, kita berjaya meyakinkan mahkamah bahawa, defendah sudah cuba dengan sedaya upaya dan pelbagai usaha untuk memperbaiki rumah tangga. Namun, pihak plaintif sendiri yang sudah menceraikan pihak defendan,” katanya.

Tambah Junid, label sebagai isteri nusyuz adalah satu tanggapan negatif yang berat dan terpaksa ditanggung anak guamnya.

“Tanggapan masyarakat terhadap label nusyuz ini sangat berat. Orang di luar sana yang tak faham apa yang berlaku, tapi, bila seorang isteri diisytiharkan nusyuz, ia memberi tanggapan buruk.

“Jadi, dengan keputusan mahkamah hari ini, setidaknya Adibah dapat meneruskan kehidupan seperti biasa dan tiada tanggapan negatif terhadapnya oleh mana-mana pihak.

“Kita dah cuba berbincang dengan baik untuk hak bekas isteri sebab dengan 28 tahun perkahwinan, Adibah ada haknya. Jadi, kalau tidak boleh diselesaikan dengan baik, kita akan cuba ketengahkan untuk tuntut haknya,” katanya.

Harian Metro cuba mendapatkan komen daripada Rosland dan peguamnya, Nurul Balqis Nordin, namun, kedua-duanya enggan memberikan sebarang komen.

“Maaf, anak guam saya belum bersedia,” kata peguamnya.

Rosland, 51, hadir ditemani ibu mentuanya iaitu ibu Miera, Aisah Abdullah, 62.

Terdahulu, Adibah sah bercerai dengan talak satu selepas Rosland melafazkan talak di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Siti Noraini Mohd Ali di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, pada 3 Ogos 2023.

Penceraian itu juga menamatkan ikatan rumah tangga mereka selama 28 tahun yang  turut dikurnikan lima cahaya mata. Rosland berkahwin kali kedua dengan Miera pada Julai 2020 dan memiliki seorang anak perempuan.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Adibah Bela Diri, Hadapi Tuntutan Nusyuz Bekas Suami. “Tak Tahu Apa Dia Nak”

“Saya Tak Tahu Sebab Diceraikan”, Adibah Akui Sudah Berusaha Pertahan Rumahtangga Dibina 28 Tahun

Adibah Pernah Buat Laporan Polis, Suami Tipu & Beri Alamat Palsu Di Terengganu Ketika Mahu Poligami

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Noor Kumalasari berkongsi kisah superstar Anita Sarawak yang sudah lama tidak berhubung.
“Kehidupan kak Nita baik-baik sahaja. Dirinya mahu jauh dari segala populariti, hidup macam orang biasa seperti kita,” ujarnya.
Bekas pragawati dan pelakon ini turut memberi pandangan mengenai model hari ini.
Jelasnya, modelling sekarang ada muka cantik dah boleh jadi model. Jalan pun straight aje.
“Dulu lain, berbeza. Lain sangat, gaya kita atas pentas ikut baju kita peragakan, mood nak pose pun bersemangat.
Bintang legenda ini dinobatkan penerima Hijab Legend Awards 2024 di #hijabfashionaward, turut berkongsi kisah terkininya.
“Jaga kucing 10 ekor, dah lebih macam anak,” katanya sambil ketawa.

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply