Wany Hasrita ‘Craving Sugar’ Selepas Pantang, Mula Jaga Diet Bila Berat Naik Mendadak

Wany Hasrita sama seperti ibu-ibu yang lain selepas bersalin suka makan makanan yang manis. Dek kerana kerap makan makanan dan minuman yang manis, berat badannya naik mendadak.

Demi menjaga kesihatan, Wany mula mengawal pengambilan gula dalam diet hariannya. Pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita ini mengakui bahawa  antara punca berat badannya meningkat secara mendadak kerana pengambilan gula berlebihan.

Wany Hasrita ‘Craving Sugar’ Selepas Pantang

“Masih lagi naik, dalam fasa ‘sugar craving’. Selepas beberapa minggu (habis berpantang), saya memang nak makanan manis.

“Akibat daripada itu, berat saya naik mendadak,” katanya.

Jelas Wany lagi meskipun ‘mengidam’ namun beliau perlu melawan keinginan tersebut demi menjaga kesihatan. Tindakan paling utama yang perlu diambil adalah mengawal pengambilan gula.

Mula Jaga Diet Bila Berat Naik Mendadak

“Sekarang ini saya sedang berusaha hendak ‘cut sugar.’

“Inisiatif lain pula, saya perlu menjaga kalori dan melakukan senaman,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan baru mengeluarkan lagu baharu bertajuk ‘Cinta Hatiku’.

Menurutnya, lagu tersebut dibuat khas untuk cahaya mata sulungnya, Aishah Al Iman.

“Lagu ini berkisar tentang cinta seorang ibu kepada anak,” katanya.

Untuk rekod, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022. Pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aishah pada 8 Julai 2023.

Sumber: Sinarplus

Artikel berkaitan: “Kita Dah La Cepat Nervous” Wany Hasrita Dedah Wajah Anak, Kongsi Pengalaman Pertama Kali Naik Flight Bawa Aishah!

“Sebelum Ni Satu Bag Je, Sekarang…” Pertama Kali Bawa Anak Bercuti, Wany Hasrita Kongsi Cerita!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply