Masuk 57 Tahun, Ella Kongsi Tanda Pra-Menopaus Untuk Golongan Wanita

Tak semua berani menyentuh isu ini namun Ella memilih kongsi tanda pra-menopaus bagi kesedaran bersama golongan wanita di luar sana yang sebayanya.

Fasa sensitif bagi segelintir individu, namun ratu rock negara ini terbuka mendedahkan pengalaman melalui impak awal putus haid yang dilaluinya.

Pemilik nama lengkap Norzila Aminuddin, 57, berkongsi fenomena semula jadi itu tidak harus dijadikan tabu, sebaliknya golongan yang berdepan penurunan paras estrogen boleh melaluinya dengan tenang apabila hormon pada tahap terbaik.

Ella Kongsi Tanda Pra-Menopaus

Ujarnya, masalah panas badan atau ‘hot flash’, keresahan, mood turun naik serta sukar tidur malam yang menunjukkan tanda pra-menopaus dapat diatasi dengan menjaga kesihatan hormon.

“Ramai wanita yang tidak mahu berkongsi perihal fasa menghadapi putus haid sebab enggan susahkan anak-anak dan suami sehingga mengganggu emosi sendiri.

KUALA LUMPUR, 10 Mac 2023 – Penyayi, Ella bergambar selepas Sidang Media Jilid Akhir Ella Puteri Kota di Sunway Putra Hotel di sini, hari ini.
FOTO – FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA – HANISAH

“Sekarang dah ada solusi mengurangkan tanda ke arah menopaus iaitu memulihkan akar umbi agar kita menikmati fasa itu dengan tenang seterusnya dapat melalui hidup yang lebih berkualiti.

“Peranan suami juga penting kerana seperti situasi saya, suami yang mengajak saya jumpa kenalan kami iaitu pakar hormon selepas saya mengadu rasa panas badan dan mudah marah,” katanya lagi.

Pentingnya Hormon Untuk Kestabilan Emosi

Tambah penyanyi Puteri Kota itu, pada awalnya, dia tidak mengetahui kepentingan hormon untuk kestabilan emosi terutama bagi wanita yang menuju ke fasa putus haid sehingga bertemu Dr. Norhaslinda Mat Hassin.

Ujarnya, hanya selepas bertemu pakar, dia dimaklumkan bacaan darahnya berada pada tahap serius yang disebabkan beberapa faktor termasuk perubahan hormon.

“Situasi kurang menyenangkan saya alami ketika kita dalam fasa pandemik sekitar 2021 apabila waktu itu berat badan saya naik lebih 60 kilogram (kg) berbanding antara 48 kg ke 50 kg sebelum itu.

“Apabila bertemu doktor, saya terkejut bacaan darah mencecah 190 dan baru saya hormon tidak menentu yang menjejaskan kualiti kehidupan saya selama ini.

“Saya umpama nyaris dibawa ambulans kerana bacaan terlalu tinggi sedangkan selama ini saya tak tahu pun ada hidap apa apa penyakit biarpun sentiasa rasa kurang sedap badan,” ujarnya.

Umpama satu rezeki tak disangka-sangka kerjasamanya dengan Skyhill Clinic, Ella bersyukur kerana diiktiraf di atas penglibatan, konsistensi serta komitmen menyebarluaskan kepentingan horman kepada umum.

Menerusi penghargaan itu, dia menerima pakej rawatan kesihatan hormon bernilai RM300,000 bagi tempoh setahun.

Sumber: KOsmo


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply