Pearly-Thinaah juara Terbuka Hong Kong

Pearly-Thinaah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.

BEREGU wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah muncul juara Terbuka Hong setelah menewaskan pilihan kedua dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning secara straight set sebentar tadi.

Pasangan nombor lapan dunia itu tenang memenangi set pertama 21-14 dalam aksi di Hong Kong Coliseum, Kowloon.

Mereka meneruskan momentum positif meninggalkan pasangan lawan yang menghuni ranking ketiga dunia itu 20-10 sebelum mengesahkan kemenangan 21-14 dalam kejohanan berstatus Super 500 tersebut.

Gelaran tersebut sekali gus menamatkan kejuaraan hampir dua tahun selepas kali terakhir mereka memenangi kejohanan Jelajah Dunia adalah di Terbuka Perancis pada Oktober 2022.

Kejayaan berkenaan juga merapatkan jurang rekod kemenangan mereka kepada 3-4.

@sinarharianonline

Tahniah! Pearly-Thinaah juara Terbuka Hong Kong #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Sukan #Badminton #Beregu #PearlyThinaah #HongKong

Semangat Juara (Chorus) – Faizal Tahir


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply