Semalam kecoh dengan berita pelakon dan usahawan, Nu Fazura dikatakan memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya, Fattah Amin.
Terbaru, Fattah tampil memberitahu bahawa dia hanya tahu tentang permohonan penceraian tersebut melalui media sosial.
Malah mengaku tidak berlaku curang kepada isteri tercinta.
“Saya ingin menegaskan tiada wanita lain dalam hidup saya seperti diperkatakan dan dihebohkan di media sosial sehingga kini.”
Begitulah luahan hati Fattah mengenai situasi yang dialami kini. Benarlah kata orang ada masa, ujian macam ni datang sebagai peluang untuk memahami hati masing-masing dan mungkin menyelamatkan apa yang masih ada.
Isu curang pernah ditanya sebelum ini kepada pelakon ini menerusi podcast pada awal bulan Julai, apabila Majalah Pa&Ma mendapat peluang untuk menemubual Fattah Amin secara ekslusif .
Isu Penyondol
Apabila di tanya mengenai isu orang ketiga atau penyodol, Fattah dengan tegasnya berkata bahawa setiap lelaki itu diberi pilihan sama ada berlaku curang atau sebaliknya.
“Orang ketiga? Kita sebenarnya ada pilihan, tidak kisah sama ada suami atau isteri. Pilihan suami atau isteri untuk membenarkan atau melayan orang ketiga.
“Apa pun itu berbalik kepada diri sendiri, maksudnya perlu sedar dan ingat tanggungjawab seorang suami yang sudah ada isteri. Tak payah curang,” katanya.
“Sudah pasti suami pun tidak mahu kalau isteri dia curang. Itu yang sentiasa ada dalam fikiran saya kalau nak buat, insya-Allah saya memang tak nak (layan orang ketiga).
“Selalu ingatkan diri minda saya, yang saya dah ada isteri, buat apa yang benarkan orang ketiga mengganggu.
Dalam pada itu, Fattah menasihati semua pasangan di luar sana untuk mengelakkan diri daripada melayan orang ketiga.
“Jika ada cubaan orang ketiga yang datang mengganggu, perlu dielakkan. Kalau dibiarkan atau diri sendiri yang mahu, jadilah perkara tidak diingini.”
@pama.my Pernah ditanya apa komen Fattah Amin tentang orang ketiga dalam perkahwinan, ini respon beliau… Apa-apa pun punca perceraian masih belum didedahkan, janganlah kita membuat spekulasi sendiri & doa yang baik sahaja buat mereka. #fattahaminz #majalahpama ♬ original sound – Pa&Ma
Trending: Kata-Kata Sweet Fazura Rai Hari Jadi Fattah Buat Netizen Pilu
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.