Terbuka Hong Kong: Pearly Tan-M Thinaah mara ke separuh akhir

Pearly Tan-M Thinaah. Gambar fail

BEREGU utama wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah hanya mengambil masa 31 minit untuk menewaskan pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Amallia Cahaya Pratiwi 21-14, 21-13, pada aksi suku akhir Kejonanan Badminton Terbuka Hong Kong di Hong Kong Coliseum hari ini.

Pearly-Thinaah akan berdepan pasangan nombor dua dunia Baek Ha Na-Lee So Hee dari Korea Selatan pada aksi separuh akhir esok.

Ha Na-So Hee selaku beregu pilihan pertama kejohanan mara ke separuh akhir selepas menewaskan rakan senegara Lee Yu Lim-Shin Seung Chan 21-8, 21-18.

Pearly-Thinaah yang melangkah ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 mengalahkan Ha Na-So Hee 21-18, 21-13 pada saingan separuh akhir Terbuka Korea bulan lepas, tetapi terlepas peluang untuk merangkul gelaran juara selepas tewas 12-21, 11-21 kepada satu lagi beregu wanita tuan rumah Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong, pada perlawanan akhir.

AKAN MENYUSUL


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply