Kongsi Foto ‘Bride to Be’ & Hashtag Goodbye Single Nina, Anak Bekas PM Ini Dikhabar Bakal Kahwin!

Desas-desus anak kepada bekas Perdana Menteri (PM) iaitu Nina Sabrina bakal berkahwin tidak lama lagi makin hangat diperkatakan. Ini selepas empunya diri memuat naik dan berkongsi gambar terbaharu di media sosial yang memaparkan dirinya mengenakan T-Shirt putih tertera I’m The Bride dan selempang ‘Bride to Be’!

Menerusi perkongsian itu, Nina dikelilingi kenalan rapat yang meraikan dirinya yang akan bergelar isteri sekali lagi.

Bukan itu saja hantaran kakak kepada penyanyi Dafi ini yang menyertakan tanda pagar ‘Goodbye Single Nina’ menguatkan lagi dakwaan mengenai status dirinya.

Kongsi Nina, “I’m beyond blessed to have these ladies in my life. Thank you for a weekend filled with so much love and laughter, I am already missing all the kecoh-ness.

I truly pray that Allah will always keep us close and protect our friendship. I grew up without a sister, so Allah is really kind to have sent them to me. Love you ladies very much. #goodbyesinglenina.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nina Sabrina Ismail Sabri (@ninaismailsabri)

Terdahulu Nina pernah mendirikan rumah tangga dengan pereka fesyen, Jovian Mandagie pada 11 Disember 2013 namun mengumumkan perpisahan mereka sejak Ogos 2023.

Hasil perkongsian hidup selama hampir sedekad itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Jeanelle Nika Mandagie.

Bagaimana pun kedua-duanya masih bersahabat baik sampai sekarang.

Artikel https://www.nona.my/kami-akhiri-10-tahun-perkahwinan-ogos-lalu-dato-jovian-umum-berpisah-jaga-hubungan-baik-dengan-bekas-isteri/

Anak bekas PM ini juga merupakan usahawan Capello by Nina di empat lokasi strategik iaitu Shah Alam, Bangi, Ampang dan Johor.

Selain menguruskan Capello by Nina, dia juga merupakan pemilik pusat asuhan kanak-kanak Peterana Kindergarten.

Nona mendoakan agar segala urusan Nina Sabrina dan pasangan berjalan lancar serta diberkati Allah SWT.

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply