Pilih Gaya Minimalis, Suami Isteri Deko Sendiri Jadikan Ruang Lebih Luas

Teruja melihat deko hasil sepasang suami isteri, pilih gaya minimalis untuk sedapkan mata memandang dan dapatkan ruang yang lebih luas.

Pemilik rumah, Dya Zakira dan suami fokus untuk ruang nampak kemas dan teratur susun atur perabut dan begitu juga dengan pemilihan warna dan aksesori kediaman.

Pilih Minimalis

Kongsinya, “Alhamdulillah 2024 genap setahun kami huni #rumahkecilku #syurgaku Main deco-deco bersama suami, suka tengok dalam FB rumah deco cantik-cantik untuk cari idea dekorasi, jadi tercipta lah deco minimalis rumah kami.”

Idea Dekorasi Suami Isteri

Menariknya, segala dekorasi rumah adalah idea bersama suami isteri, tanpa mengupah mana-mana pereka hiasan dalaman.

Namun, pemilik menjadikan dekorasi Pereka Hiasan Dalaman terkenal, Anis Syuhada sebagai sumber inspirasi dan idea mereka suami isteri dalam menghias rumah.

Barang-barang dekorasi dan aksesori rumah pula kebanyakkan dibeli dari Shoppe, IKEA dan SSF.

Dalam menyusun atur dekorasi rumah, pemilik berpendapat jika memiliki keluasan yang kecil, mengurangkan barang-barang yang tidak perlu dan mempunyai kabinet untuk meletak barang-barang kecil seperti kuali, periuk dan sebagainya membuatkan perkakasan dan barangan nampak lebih rapi tersusun.

Pilih Kemasan Lantai Jubin & SPC

Pemilik juga mempunyai alasan tersendiri dalam mengekalkan kemasan jubin pada lantai dan memasang SPC pada ruang tertentu di rumah.

“Saya beli rumah ni, ruang tamu luar tiles dah cantik. Itu yang saya pasang SPC di dapur, tangga, bilik tetamu dan bilik anak sahaja.

“Bagi pendapat saya kalau buat full rumah guna SPC, ruang rumah nampak sedikit sempit berbanding pasang tiles. Mungkin sebab effect kilat tiles,”ujarnya.

Untuk ruang dapur pun memang kurangkan barang, kemudian pastikan di tempat asal. Tidak terlalu memerlukan peralatan gantung di dinding pun. Barulah nampak kemas!

Jadi suami isteri yang baru masuk rumah, boleh rujuk idea deko minimalis ini untuk nampak ruang lebih luas dan tersusun rapi. Apa yang penting, suami isteri sama-sama buat dan berminat untuk dekorasi rumah bagi nampak cantik berseri.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply