Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad sehabis baik akan meluangkan masa buat anak-anak biarpun ada waktunya dia terikat dengan jadual kerja.
Tambahnya lagi menerusi satu entrinya di Instagram, bagi mengurangkan rasa bersalah kerana terpaksa keluar bekerja, dia sebolehnya akan cuba meluangkan masa dengan membawa anak berjalan.
Menerusi entri yang sama juga, Uyaina dilihat turut membawa dua anaknya bersiar-siar sambal menikmati keindahan lampu di sebuah pusat rekreasi.
“Janji dengan Urhan pagi tadi yang Mama akan bawa dia tengok lampu.
“Sebagai ibu yang bekerja, dah tentu saya rasa bersalah setiap kali saya keluar rumah untuk bekerja.
“Tapi, inilah yang saya selalu buat, mengimbangi masa dengan anak-anak,” ujarnya.
Malah kata ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, jika dia bekerja pada waktu pagi, waktu malam pula adalah masa dengan suami dan dua anaknya.
“Kalau pagi & petang kerja, malam kena spend time dengan dorang. Kalau malam kerja, siang kena ada kat rumah dengan dorang.
“Tak boleh guna alasan tak ada masa. You MAKE time. Tadi before balik, tanya Urhan:“Are you happy, Urhan?”
“And he said; “Happyyyyyyyyyyyyyyy!”. And that’s all that matters.
Terdahulu Uyaina bersama dua anaknya serta ibunya dilihat menghabiskan masa bersama di taman cahaya penuh dengan lampu di I-City, Shah Alam.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.