“Sebelum Ini Banyak Terlepas Pandang!” Lofa Akui PU Riz Banyak ‘Buka Matanya’ Tentang..

Sebut sahaja nama figura ini, siapa yan tidak mengenali usahawan serta pengasas jenama Naelofar Hijab yang juga selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor (Lofa) yang merupakan isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail.

Terdahulu, Neelofa pernah berkongsi bagaimana suaminya telah berjaya mengubah perspektif dirinya tentang ‘konsep rezeki’ dalam Islam.

Dulu Tak Pernah Rasa Cukup!

Perkara berkenaan dimaklumkan Lofa ketika membuat siaran langsung di laman Tik Tok bersama rakan artis, pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana.

Jelas Lofa sebelum ini dia terlepas pandang, konsep bersyukur walaupun telah dikurniakan banyak rezeki oleh Allah. Malah dia sentiasa merasa kekurangan dan tidak mencukupi dengan apa yang diperolehinya.

“Saya sangat faham, terutamanya bila awak kata dulu dapat banyak tapi tak pernah rasa cukup.

“Tapi saya banyak belajar selepas berkahwin daripada suami saya. Dia banyak sedarkan saya tentang aspek kesyukuran.

“Family saya menjadi saksi daripada saya tiada apa-apa sehinggalah saya berada di tahap ini. Bila ada orang baru masuk dalam hidup saya, daripada sudut pandangan dia pandang saya berbeza,” ujarnya.

Selain itu, Lofa turut berkongsikan kepada Sarah, bagaimana Haris berjaya mengubah persepsi dirinya melihat konsep rezeki dan kesyukuran dalam Islam walaupun menerima rezeki hanya sebesar zarah sahaja.

“Dia (Haris) selalu cakap dekat saya untuk banyak bersyukur sebab apa yang Allah bagi pada saya, tak sebanyak macam Allah beri pada orang lain. Contohnya, orang-orang yang minat dan sokong saya, sentiasa mendoakan awak dan itu adalah salah satu bentuk rezeki juga.

Malah, Lofa akui kerana dibesarkan dalam keluarga yang sentiasa mendapat perhatian dan ‘spotlight’ dari peminat, cara dirinya melihat konsep rezeki dahulu agak berbeza berbanding sekarang.

Haris Sangat Menghargai Setiap Pemberian Yang Diterima Dari Orang Lain.

Jelasnya, ketika itu, dia sentiasa merasa mahukan sesuatu lagi dan lagi dan tak pernah merasa cukup.

Ujarnya lagi, ini sangat berbeza dengan perilaku Haris yang sangat menghargai sekecil-kecil pemberian yang diterima dari sesiapa pun.

“Haris ni benda paling kecil yang dia dapat pun dia sangat bersyukur dan hargainya. Pada saya perkara tu sangat mudah dan biasa.

“Tapi apabila dia zahirkan benda tu dengan penuh rasa bahagia dan syukur terhadap satu perkara, jadi lama-lama saya sedar mungkin inilah apa yang orang lain akan rasa apabila terima sesuatu,” dedah Lofa.

Justeru daripada perilaku Haris ini, Lofa akui dia dapat belajar banyak perkara melibatkan rezeki dan mengapa kita perlu bersyukur terhadap setiap sesuatu yang diberikan Allah di dalam kehidupan kita.

“Secara tak langsung saya banyak belajar cara untuk munasabah dan fikir semula.

“Katakanlah kalau Allah bagi kita rezeki yang besar, duit yang tak pernah putus, rumah berpuluh biji tapi semua itu belum janji kebahagiaan.

“Kebahagiaan akan datang daripada keberkatan dalam punca rezeki dan sifat yang ada rasa syukur,” jelasnya.

Untuk Rekod, pada 27 Mac 2021, Neelofa telah mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pikihan hatinya, pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Pasangan merpati dua sejoli itu, kemudian dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas sebagai penyeri hidup dan pengikat kasih sayang antara Neelofa dan Haris Ismail.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Instagram Neelofa & XTRA


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply