Nasib berbeza dua beregu negara di Hong Kong

Pearly (kanan) dan Thinaah

BEREGU wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M Thinaah, melangkah ke suku akhir Kejuaraan Badminton Terbuka Hong Kong selepas menjinakkan gandingan dari Hong Kong, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan pada Khamis.

Perlawanan pusingan 16 yang berlangsung di Hong Kong Coliseum, Kowloon, Pearly-Thinaah juga pilihan ketiga kejuaraan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 500 itu menumbangkan Lok Lok-Hiu Yan, 21-16, 21-14 dalam masa 30 minit.

Pearly-Thinaah akan berdepan beregu pilihan kelapan dari Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, bagi perebutan slot separuh akhir pada Jumaat.

Sementara itu, juara Terbuka Jepun 2024 Super 750, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani mengakhiri kempen di pusingan kedua apabila tewas kepada Muhammad Shohibul Fikri-Daniel Marthin.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang pertama kali tampil dengan status profesional juga pilihan kelima gagal mempertahankan permulaan cemerlang 21-16 apabila tewas dua set berikutnya, 19-21, 13-21 dalam masa 60 minit.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply