Menanam pokok buah-buahan di rumah bukan lagi sesuatu yang sukar, terutamanya dengan teknik penanaman dalam polibeg.
Salah satu pokok yang sesuai ditanam dengan cara ini ialah pokok jambu. Walaupun pokok kecil, ia sudah mampu mengeluarkan buah yang segar dan enak.
Untuk dapat hasil pokok jambu begini, sebenarnya ada cara yang perlu dipraktikkan. Jika nak cuba tanam di rumah boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoi melalui pengalamannya yang menanam pokok watermelon guava dalam polibeg 24×24.
Cari benih jambu jenis ini
Untuk tanam pokok jambu dalam pasu atau polibeg boleh cari benih jambu watermelon guava ini. Boleh cari di Shopee, klik SINI untuk beli.
Jenis ini sangat mudah berbunga dan mudah lekat buah sekiranya cukup keperluan air, baja dan cahaya.
Tanah yang digunakan
Medium yang digunakan adalah tanah bekas atau topsoil, tanah hitam sawit, cocoapeat, sekam bakar, sekam mentah dan kompos rumput. Tanah wajib gembur/poros.
Tip pokok rendah tapi dah berbuah
- Buang semua pucuk supaya keluar tunas baru.
- Pangkas dahan pokok supaya keluar banyak cabang dan rendang.
- Guna baja tinggi P&K (Phosphorus dan Kalium)
- Pastikan air cukup, pokok jambu suka banyak air.
- Bila buah sebesar ibu jari kena bungkus supaya buah cantik tak berulat bila matang.
Jika pokok tinggi tapi tak berbuah
Sekiranya pokok jambu cukup siraman dan baja tapi masih tak berbuah boleh jadi pokok jambu tak cukup cahaya. Kita kena faham bila pokok fokus nak kejar matahari/cahaya, pokok akan meninggi dan setiap dahan jadi panjang.
Walaupun dah cukup matang, pokok akan ‘lupa’ untuk masuk fasa berbunga/buah. Sekiranya pokok diberi ruang cahaya yang cukup, baja dan air, ia akan boleh fokus untuk berbunga/buah pula. Tambah pula jika dipangkas, pokok akan sedikit stres ia akan mula berbunga dan berbuah.
Selamat mencuba!
Mesti Baca: Lakukan Perkara Ini Jika Ular Masuk Rumah, JANGAN Buat 3 Benda Ini!
Baca Lagi Di Sini: Ubahsuai Rumah Flat 30 Tahun Dengan Sentuhan Kontemporari Dan Tropikal Ini menarik!
Artikel Menarik:Sebelum Pindah Masuk Atau Ubahsuai Rumah Baru, Wajib Periksa 10 “Defect” Ni Dulu
Sumber: Pyan Sempoi
Artikel diambil dan diolah dari VK.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.