Baru-baru ini tular dimedia social mengenai isu bankrap yang melibatkan golongan sector awam dan swasta. Difahamkan ia berlaku disebabkan pinjaman peribadi dengan pelbagai tujuan.
Trending: Trend Penjawat Awam Bankrap Meningkat, Ini Membimbangkan
Antara tujuan adalah untuk membeli kenderaan, ubah suai rumah, percutian dan simpanan kecemasan. Namun natijahnya peminjam tidak mampu membuat bayaran balik mengikut waktu yang ditetapkan kerana perbelanjaan melebihi pendapatan.
Merujuk kepada perkongsian penasihat kewangan, Zulkifli Shafie mengamalkan cara hidup sederhana adalah cara terbaik untuk menguruskan kewangan cara berhemah. Ikuti perkongsian beliau mengenai pengurusan kewangan yang betul.
Walaupun banyak pilihan makanan, selalunya menu rahmah (harga tak lebih RM5.00) juga yang kena selera saya. Sejak dulu sampai sekarang.
Dulu pilih menu rahmah sebab itu jer yang mampu. Satu lauk, sayur sikit, letak kuah dan air suam. RM3.00. Itu harga menu rahmah kira-kira 15 – 20 tahun dulu.
Tapi sampai sekarang saya masih lagi pilih menu rahmah, sebab memang itu yang kena dengan selera saya.
Harga seketul hati ayam, dua ketul pedal, telur masin separuh, nasi separuh (tak larat makan sepinggan), dan air suam. RM5.00 semuanya. Alhamdulillah.
Kos sara hidup masih rahmah
Walaupun harganya rahmah, pada saya ini sudah cukup mewah. Mewah dan menyelerakan. Alhamdulillah.
Kalau kita perhatikan, kos sara hidup selalunya tak besar. Yang besar tu kos gaya hidup.
Kos makan kenyang, kos pakaian, kos tempat berteduh, kos bergerak dari point A ke point B masih lagi rahmah.
Pilih Menu Rahmah
Tapi kos gaya hidup memanglah tak pernah rahmah.
Harga secawan kopi berjenama tu boleh makan kenyang sehari. Kos lepak di tempat-tempat ‘healing’ tu pun mungkin cukup untuk tambah tabungan 10% daripada gaji setiap bulan.
Bukan salah nak lepak ataupun healing sesekali di tempat-tempat macam tu.
Sebelum fikir nak lepak di tempat macam tu, pastikan adakan tabungan sekurang-kurangnya 6 – 12 bulan gaji dulu… Dan mampu menabung sekurang-kurangnya 30% dari gaji setiap bulan.
Pra-syarat nak bermewah
Kalau tabungan pun tak ada, hutang pun sesak nak bayar, kos nak nak masuk sekolah dan nak renew road tax insuran kereta pun jenuh kena korek tabung sana sini, lupakanlah dulu “gaya hidup” tu dulu.
Selagi tahap kewangan masih lagi “kais sebulan makan sebulan”, itu belum masanya lagi nak bermewah-mewah.
Lebih baik fokus menabung dulu, kumpul harta dan bina kekayaan dulu.
Bila dah sampai tahap jumlah simpanan dah cukup 1 – 2 tahun gaji, passive income pun dah boleh cover kos gaya hidup (walaupun tak bekerja), bermewahlah dan bersyukurlah atas nikmat yang Tuhan limpahkan kepada kita.
Selagi belum sampai ke tahap itu, berjimat-jimat dulu… Tapi bukanlah selama-lamanya.
Jadi bersabarlah dulu.
Sumber: Mohd Zulkifli Shafie
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.