“Doa Mama Selalu Untuk Anak-Anak Mama,” Raja Azura Syukur Anak Sulung Genggam Diploma!

Perjalanan seorang ibu tunggal untuk membesarkan anak-anak nyata bukan satu tugas mudah. Apatah lagi apabila berjaya melihat buah hati kesayangan menamatkan pengajian di menara gading. Tapi Raja Azura atau mesra disapa Kak Engku ini mampu membuktikan kemampuan diri dan mendidik anak-anak hingga berjaya.

Menerusi hantaran terbaharu di media sosial miliknya, selebriti serba boleh ini berkongsi momen istimewa anak sulung iaitu Megat Muhammad Raziq menggenggam diploma.

Raja Azura yang hadir Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-99 baru-baru ini menzahirkan rasa syukur dapat menyaksikan pencapaian anak tersayang.

“Terima kasih buat semua yang mendoakan Ajiq. Alhamdulillah hari ni anak sulung saya dah tamat tahun diploma dan melanjutkan pelajaran ke degree.

Alhamdulillah syukur terima kasih anak mama selalu bagi hadiah dekat mama.

Tahniah Megat Raziq, anak mama! Atas pencapaian diploma, belajar pandai-pandai, doa mama selalu untuk kejayaan anak-anak mama. I love you Ajiq.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YM Raja Azura (@raja_azura)

Pastinya melihat kejayaan Megat Raziq di menara gading menjadikan Raja Azura ibu terbahagia saat itu.

Didikan pelakon, pelawak, pengacara dan penyampai radio ini terhadap tiga orang anak menjadi inspirasi kaum ibu biarpun sudah lebih sedekad dia bergelar ibu tunggal.

Selain Megat Raziq, dua lagi anak figura ini ialah Megat Luqman Haqim dan Puteri Mia Maizura.

Artikel https://www.nona.my/genggam-ijazah-sarjana-muda-kelas-pertama-momen-konvo-tengku-ameera-asya-raih-perhatian/

Moga anak-anak Raja Azura berjaya bukan saja dalam bidang akademik malah sahsiah diri yang menjadi kebanggaan ibu tersayang. Sesungguhnya pengorbanan anak seni bernama Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini dalam membesarkan tiga anak menyuntik semangat dan inspirasi kepada golongan wanita khususnya mereka yang bergelar ibu tunggal.

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply