Janna Nick Antara ‘Pejuang Dua Garis’ Ini Tip Tenangkan Diri Bersama Pasangan Dalam Usaha Timang Cahaya Mata

Pejuang dua garis merupakan pasangan yang sedang menantikan cahaya mata. Pelbagai cara sudah dilakukan namun ‘pejuang dua garis’ masih juga gagal mendapatkan zuriat. Antara selebriti yang sedang berusaha untuk menimang cahaya mata ialah Janna Nick dan pasangannya, Dini Schatzmann.

Janna Nick Antara ‘Pejuang Dua Garis’

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengharapkan cahaya mata sebagai pelengkap hubungan suami isteri. Bagaimanapun tidak semua pasangan dikurniakan zuriat dalam tempoh cepat

Soal zuriat juga dianggap perkara paling penting dalam sebuah keluarga bagi menjamin kesinambungan keturunan. Dugaan yang datang dalam menanti kehadiran cahaya mata perlu diterima dengan keterbukaan hati dan fikiran.

Bagi Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner mengakui bahawa telah pelbagai cara dilakukan untuk hamil namun dia masih belum dikurniakan berita gembira yang sangat-sangat dinantikan.

Setiap kali hendak memeriksa keputusan ujian kehamilan, Janna mengakui hatinya sering berdebar. Sedih kerana bila hanya ada satu garisan namun Janna perlu memaksa diri  menerima kenyataan yang belum ada rezeki untuk memiliki cahaya mata.

INI ANTARA USAHA YANG JANNA LAKUKAN:

*Janna juga sanggup berkorban melakukan aktiviti kegemarannya seperti yoga, senaman berat dan sauna bagi memastikan dia dapat hamil.

*Mengamalkan pelbagai jenis suplemen. Kesannya wajah naik jerawat.

Janna mengakui bahawa bukan mudah melalui proses kehamilan dan berdoa agar semua wanita yang sedang berusaha untuk memiliki cahaya mata dipermudahkan urusan.

Usaha mendapatkan cahaya mata ini memerlukan kesabaran kedua-dua belah pihak, isteri dan juga suami.

Ini Tip Tenangkan Diri Bersama Pasangan Dalam Usaha Timang Cahaya Mata

Berikut beberapa cadangan yang boleh anda dan pasangan lakukan untuk memenangkan diri ketika berusaha menimang cahaya mata:

Membenarkan diri untuk berasa sedih dan menangis

Ini adalah perasaan normal yang dialami semua pasangan yang sukar hamil. Menangis dan bersedih boleh membantu mengembalikan keseimbangan hormon dan mungkin meningkatkan peluang untuk hamil. Namun, jangan biarkan kesedihan itu berterusan.

Fahami reaksi pasangan

Berbincanglah dengan pasangan tetapi janganlah mengharapkan dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti anda. Wanita biasanya lebih terkesan dalam hal ini.

Cari maklumat

Dapatkan maklumat mengenai masalah kesuburan dan rawatan yang boleh dicuba supaya anda mendapat keputusan terbaik.

Buat pelan alternatif

Ini sangat penting dalam usaha mendapatkan anak. Jika kaedah rawatan pertama tidak berjaya, anda mungkin memikirkan cara kedua dan semua ini membabitkan banyak kos.

Jangan putus asa

Teruskan kehidupan sebaik mungkin. Carilah aktiviti yang boleh membuatkan kehidupan lebih bermakna. Ini secara tidak langsung akan mengurangkan anda daripada terlalu memikirkan soal ingin hamil.

Amalkan teknik bertenang

Ada banyak cara yang boleh anda lakukan bersama sama ada bersenam, bercuti atau menyertai aktiviti yang menggembirakan.

Dapatkan sokongan

Maklumkan keluarga dan rakan mengenai perasaan anda supaya mereka lebih memahami serta tidak lagi mengajukan soalan yang boleh menyedihkan anda berdua. Beritahu mereka bahawa anda perlukan sokongan. Anda juga boleh mendapatkan pandangan pakar untuk menjalani kehidupan rumah tangga yang bahagia walaupun tiada cahaya mata.

Untuk info Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Masjid Aisyah, di Langkawi pada 10 Jun 2023.

Sumber: TikTok Janna Nick, Instagram Janna Nick dan Harian Metro


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply