“Syukur, Alhamdulillah”. Syamsul Yusof kembali ke pangkuan ibu bapa

“Kami tak pernah membenci darah daging sendiri, sebaliknya hanya titipkan doa setiap kali dalam solat,” itu kata-kata terzahir dari bibir  Datuk Yusof Haslam yang tidak pernah menyimpan dendam atau enggan memaafkan kesilapan anak lelakinya, Syamsul Yusof selepas bertahun-tahun tidak berjumpa.

Memetik Harian Metro, Yusof berkata, dia tidak menyangka Syamsul akhirnya membuka pintu hati dan kembali kepada pangkuan keluarga.

“Doa kami untuk Sol (panggilan Syamsul) akhirnya termakbul walaupun ambil masa bertahun.

“Dia sendiri hubungi ibunya pada Isnin lalu dan menyatakan hasrat untuk berjumpa kami selepas lama terputus hubungan.

 

Selepas bertahun tidak berjumpa, akhirnya pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof kembali ke pangkuan kedua  ibu bapanya, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail.

Detik manis itu dikongsikan Patimah Ismail menerusi Insta Story miliknya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Syamsul yang memakai jaket hitam dan berseluar sukan memeluk erat kedua-dua ibu bapanya.

Dalam hantaran berbeza, Patimah turut merangkul erat tangan Syamsul sambil menguntum senyuman manis.

 

Turut kelihatan dalam foto itu adalah bekas isteri Syamsul iaitu pelakon, Puteri Sarah Liyana dan Yusof. Syamsul pula mendukung anak perempuannya, Sumayyah.

Sebelum ini, Patimah memberi gambaran bakal bertemu anaknya dan akhirnya menjadi kenyataan.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/mentua-prihatin-kediaman-datuk-yusof-haslam-ubah-jadi-mini-studio-demi-puteri-sarah-cucunya/

https://www.mingguanwanita.my/alhamdulillah-cucu-kelapan-dalam-keluarga-haslam-datin-fatimah-bersyukur-syafiq-timang-cahaya-mata-ketiga/

Syamsul dilapor sudah lama tidak berhubung dengan keluarga selepas berlaku pergolakan rumah tangga dengan bekas isterinya, Puteri Sarah Liyana hingga membawa kepada perceraian.

Konflik itu berlanjutan apabila pengarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu bernikah secara rahsia dengan Ira, yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi. Bagaimanapun Syamsul dan Ira bercerai pada 5 September lalu.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply