Jangan Pandang Ringan Masalah Dengkur. Doktor Nasihat Dapatkan Rawatan Elak Risiko OSA

Selama ini kita ingat mereka yang berdengkur kuat merupakan petanda nyenyak tidur. Namun hakikatnya berdengkur kuat ini jika tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi penyakit kronik.

Menurut Dr Kamarul Ariffin, mereka yang berdengkur dengan teruk, lebih baik berjumpa dengan doktor kerana ada risiko terkena Obstructive Sleep Apnea(OSA).

dengkur dengkur

Apa Itu OSA

OSA adalah sejenis gangguan tidur yang mana saluran pernafasan tersumbat atau terhalang sebahagian atau sepenuhnya semasa tidur.

“Ini menyebabkan nafas terhenti seketika (apnea) berulang kali sepanjang malam, dan mengakibatkan kualiti tidur terjejas serta mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan.

“Halangan dalam salur pernafasan semasa OSA biasanya berlaku apabila otot-otot lembut di bahagian belakang tekak kendur semasa tidur.

“Kekenduran ini menyebabkan salur pernafasan sempit atau terhalang sepenuhnya, mengakibatkan gangguan aliran udara,” tulisnya dalam satu perkongsian di laman Facebook miliknya.

Gejala OSA

“Gejala-gejala OSA termasuk berdengkur kuat, kerap terjaga di malam hari, rasa mengantuk yang melampau pada waktu siang, dan rasa keletihan walaupun sudah tidur mencukupi.

“Rawatan OSA mungkin melibatkan penggunaan mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP), pembedahan, atau perubahan gaya hidup seperti penurunan berat badan dan berhenti merokok.

dengkur dengkur

Jom ikuti petua untuk kurangkan dengkuran sewaktu tidur.

1. Jaga berat badan dan mengekalkan Indeks Jisim Tubuh (BMI).
2. Amalkan tidur mengiring.
3. Berhenti merokok.
4. Jauhi minuman beralkohol dan ubat tidur atau ubat penenang.
5. Cuba hirup wap air melalui hidung sebelum tidur atau letakkan tuala yang dicelup air hangat dan hirup wapnya bagi menghilangkan lendir penyebab hidung tersumbat.
6. Kupas, bersihkan dan hiris halus dua ruas kunyit hidup. Kemudian masukkan hirisan kunyit tersebut ke dalam segelas air suam. Tambahkan dengan dua sudu madu dan kacau hingga sebati. Amalkan minum setiap kali sebelum tidur
7. Tujuh biji badam ditumbuk lumat dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

Kalau ada anda masalah tidur berdengkur, jumpalah dengan doktor dahulu untuk pemeriksaan. Itu lebih selamat,” pesan beliau.

Bagi individu yang ada masalah dengkur tu boleh la dapatkan rawatan dengan berjumpa dengan doktor ya.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply