Anak DATO PROF DR RAZAK MOHAIDEEN Dari Model Ke Peguam. Bijak Dan Kacak!

Pasti ramai yang membesar dengan filem-filem arahan pengarah berpengaruh Dato Prof Dr A Razak Mohaideen yang dekat dengan masyarakat Malaysia dan penuh isi.

Antaranya filem box-office yang masih berbekas di hati ialah seperti Mami Jarum, Gemerlapan, Anak Mami The Movie, Jutawan Fakir, Bujang Senang, Otai, Duyung dan Sifu & Tongga.

Pengarah yang berasal dari Bukit Gelugor Pulau Pinang ini juga pengasas dan pemlik syarikat penerbitan filem Malaysia, LineClear Motion Pictures. Beliau kini memegang jawatan sebagai Dekan Fakulti Filem Teater dan Animasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor.

Dan baru-baru ini, menerusi hantaran di media sosialnya Razak Mohaideen berkongsi rasa bangganya apabila anak terunanya, Aniq Aqil atas kejayaan menjadi seorang peguam bela dan peguam cara menerusi upacara call to the bar.

“Alhamdullilah. Tahniah Aniq Aqil atas kejayaan melalui call to the bar. Semoga terus cemerlang dan gemilang. Dalam bidang guaman dan modeling. Amin,” tulis Razak Mohaideen di ruangan kepsyen Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Prof Dr A Razak Mohaideen (@razakmohaideen)


Aniq yang juga merupakan seorang model di bawah pengurusan The Models Lab turut meluahkan coretan hatinya selepas melalui pelbagai pahit getir menjadi seorang pengamal undang-undang sambil turut berkongsi gambar dirinya bersama ayah, ibu; Nazeera Ahmed Bazari dan adiknya; Batrisyia Abdul Razak di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

“Selepas bertahun-tahun meragui keupayaan diri saya sendiri, akhirnya saya boleh mengatakan yang saya berbangga dengan diri saya kerana tabah, gigih membaca halaman tambahan pada pukul 5 pagi setiap hari, mengheret diri saya ke kelas walaupun saya rasa saya tidak mahu pergi (ini tipu, saya ponteng banyak kelas).

Saya berjaya juga akhirnya, kini dengan rendah hati saya boleh meletakkan “PEGUAM” di profil saya dan berbual tentang pencapaian serta peluang yang saya miliki. Terima kasih buat semua yang menjadikan hari ini hari yang cukup istimewa.

Kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa bersyukurnya saya atas kebaikan, sokongan dan dorongan yang saya terima. Untuk lebih bekerja keras dan maju. Terima kasih kerana membaca,” tulis Aniq.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aniq Aqil (@aniqvqil)

Sekadar info menerusi sumber, upacara Call To The Bar ini adalah acara kemuncak dalam permulaan karier seorang peguam. Majlis ini akan dihadiri oleh ahli keluarga, mover atau peguam yang mengusulkan petisyen, rakan-rakan dan orang-orang tersayang akan beramai-ramai hadir ke Mahkamah Tinggi untuk mendengar sendiri petisyen ini.

Tahniah diucapkan kepada Aniq dan DATO PROF DR RAZAK MOHAIDEEN. Semoga kejayaan anak muda ini jadi inspirasi anak-anak muda di luar sana!

***

Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.

***

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

BACA: Pernah Terfikir Dapat Anak Autism Akibat Dosa Lampau, Kata-Kata Isteri Tenangkan Hati Dr Say

Sumber : ( 1 ) ( 2 )

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply