ZS EV, SUV Elektrik Terbaharu Dari MG Motor

MG Motor telah menambah lagi pencapaiannya di pasaran Malaysia dengan pengenalan model SUV elektrik terbaharu, MG ZS EV. Pelancaran ini bersamaan dengan pengenalan EV hatchback segmen-C mereka, MG4, menandakan komitmen mereka dalam memperkenalkan pilihan kenderaan elektrik yang lebih berprestasi di Malaysia.

Dari segi rekaan, MG ZS EV menampilkan ciri-ciri moden yang seiring dengan masa kini. Reka bentuk gril rata dengan paten honeycomb memukau, dipadankan dengan lampu hadapan projektor LED dan lampu nyalaan siang LED, memberikan tampilan yang menarik dan memikat.

Tidak hanya gaya, MG ZS EV juga praktikal dengan kelengkapan seperti roof rail dan bumbung kaca panoramik unutuk memastikan pengalaman pemanduan yang lebih seronok dan selesa.

Di bawah hud mesin, MG ZS EV dilengkapi dengan motor elektrik tunggal yang menggerakkan roda belakang, memberikan kuasa output sehingga 176PS dan daya kilas 280Nm. Pek bateri Litium-ion berkapasiti 51.1kWh memberikan jarak perjalanan sehingga 320km (WLTP), sementara pemecutan dari 0-100km/j hanya memerlukan lapan saat sahaja.

Kredit Foto: Topgear Magazine

Pilihan mod pemanduan Eco, Normal, dan Sport, bersama dengan tiga aras Kinetic Energy Recovery System (KERS), membolehkan pengguna menyesuaikan pengalaman pemanduan mengikut keperluan dan kehendak mereka.

Untuk pengecasan, MG ZS EV menawarkan fleksibiliti dengan kemampuan pengecasan sehingga lapan jam menggunakan pengecasan AC Type 2 7kW, dan pengecasan DC 50kW yang membolehkan pengecasan dari 10-80 peratus hanya dalam masa 54 minit.

Di dalam kabin, pengguna disajikan dengan paparan infohibur terapung bersaiz 10.25 inci yang menyokong Apple Carplay dan Android Auto, serta kemudahan pengecasan peranti tanpa wayar dan dua USB port. 

Pemandu pula disajikan dengan paparan kluster meter digital bersaiz 7 inci, stereng yang bersalut kulit jahitan benang merah, dan butang kawalan pada stereng yang memberikan kemudahan dalam penggunaan.

Kredit Foto: Topgear Magazine

Dari segi keselamatan, MG ZS EV tidak berkompromi dengan ciri keselamatan seperti enam beg udara, ABS, EBD, dan BA. Ia turut dilengkapi dengan lapan komponen penderia sistem bantuan dan keselamatan yang dikenali sebagai MG Pilot, yang memastikan pengalaman pemanduan yang selamat dan lancar.

Dengan empat pilihan warna yang menarik dan pakej waranti yang komprehensif, termasuk 7 tahun atau 150,000km pada kenderaan dan 8 tahun atau 180,000km pada bateri, MG ZS EV menjanjikan nilai yang tidak dapat ditandingkan. Dengan harga jualan anggaran bermula dari RM 129,000, ia menawarkan alternatif yang menarik dalam pasaran kenderaan elektrik di Malaysia.

Baca: BYD SEAL Bawa Evolusi Kenderaan Elektrik ke Malaysia

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 


Posted

in

, , ,

by

Comments

Leave a Reply