Bila ada anak remaja ni, mesti ibu ayah faham fenomena mereka yang sukakan acara berbentuk digital apatah lagi yang melibatkan pelbagai aktiviti interaktif dan sebagainya.
Untuk anak-anak yang sukakan acara sebegini, bolehlah galakkan mereka untuk ke Festival Kandungan Digital Malaysia (MYDCF) 2024: LEVEL UP PLAY beserta acara baru CREATORS XPO KL yang diumumkan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) ini.
Dari 13-15 September 2024, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur yang ikonik akan menjadi tuan rumah untuk sambutan meriah ini bagi kandungan digital terbaik dari Malaysia, Asia Tenggara dan seterusnya.
Tahun ini, MYDCF memperkenalkan jenama baru iaitu MY Digital Maker, dengan sasaran 15,000 pelajar dari sekolah dan akan menarik lebih banyak pengunjung, meliputi keseluruhan ekosistem kandungan digital dari pendidikan ke bakat di Creators Expo KL dan kandungan digital paling inovatif di Level Up Play.
Agenda Utama:
- Pertandingan dan perlawanan E-sport, PC & Mobile yang mengujakan
- Kejohanan Permainan Kad Terbesar dari jenama terkemuka.
- Zon permainan interaktif yang menampilkan permainan, perkakasan, dan perisian terkini.
- Persembahan dan Aktiviti Animasi Malaysia yang pasti memukau.
- Pencipta kandungan digital dan influencer paling popular.
Acara ini juga akan menampilkan dewan pameran yang luas yang mengetengahkan teknologi terkini dalam perkakasan, perisian, dan aksesori permainan. Raksasa industri seperti Bushiroad Asia, Acer Predator, Ultraman, Todak Studios, Detective Conan, Boboiboy, dan banyak lagi akan menyertai acara ini.
Para pengunjung akan berpeluang untuk berinteraksi dengan pempamer, mencuba produk baharu, dan menerokai teknologi permainan dan animasi yang terkini.
Jangan Lupa Ke Booth SeeNI dan KLIIK!
Di dalam Dewan 7 pada 13 hingga 15 September ini, booth SeeNI dan KLIIK akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik serta bermacam-macam hadiah untuk korang bawa pulang.
Antara yang paling mencuri tumpuan adalah sudut podcast yang akan dilangsungkan di sana serta uji bakat Drama Pendek SeeNI pada 14 dan 15 September dari jam 3 petang hingga 5 petang bagi korang yang ingin mempamerkan bakat lakonan terpendam.
Hiburan Tanpa Had, Dapatkan Tiket Sekarang
Nikmati hiburan pentas tanpa had, dari konsert mini yang memukau hingga persembahan Vtuber yang mangasyikkan dan perayaan cosplay yang meriah. Temui pelbagai barangan rasmi berinspirasikan kandungan digital dan pelbagai koleksi lain, serta jelajahi pameran komik terbesar dari artisan terkenal tempatan. Penglibatan dalam aktiviti gamifikasi boleh mendapatkan barangan eksklusif MYDCF, peluang penyertaan untuk pertandingan, serta cabutan bertuah.
Tiket bagi peserta terawal kini boleh didapati di Ticket2U, dengan diskaun istimewa sehingga 25% off. Lawati laman web rasmi Level Up Play di https://mydcf.my/play/ bagi merancang pengalaman yang semestinya tidak akan dapat dilupakan.
Seronoknya, Macam-Macam Acara Menarik Ada!
LEVEL UP PLAY adalah komponen acara Business to Consumer (B2C) bagi Malaysia Digital Content Festival (MYDCF) untuk meraikan konten digital terbaik yang dihasilkan oleh Malaysia, Asia Tenggara & Global.
- Pameran, Demo dan Pelancaran Permainan Digital
- Pameran Permainan Indie Terbesar di Asia Tenggara (Taiwan, Australia, Hong Kong, Malaysia)
- Pameran dan Aktiviti Animasi Terkenal Malaysia
- Bushiroad Expo 2024
- Pameran, Demo dan Jualan Permainan PC
- ACER Liga Predator 2024
- MLBB Junior Cup 2024 dan PUBGM Pertandingan Terbuka
- Kejohanan E-Racing Antarabangsa 2024 dan Kejohanan e-Football Pocket
- Persembahan Pentas Tanpa Henti dari mini-konsert, Vtuber, dan aktiviti cosplay
- Jualan Pelbagai Mainan & Merchandise dengan harga istimewa
- Pameran komik terbesar dari artis terkenal tempatan
- Sertai aktiviti gamifikasi untuk memenangi merchandise rasmi
Klik SINI untuk maklumat lanjut!
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.