“Sebab Itulah Saya Jaga Anak Sendiri” Pakar Nasihatkan Elak Kata-Kata Negatif Macam Ni!

Kes bayi Al-Fateh yang meninggal dunia di taska yang tular beberapa hari lalu mengundang pelbagai persepsi ramai. Malah ada yang turut meninggalkan pelbagai komen yang tidak wajar.

Perkongsian dari Terapis Cara Kerja Kanak-Kanak (Pediatric Occupational Therapist), Pn Maryam Jamadi ini patut mak ayah dalami. Benar, jika tak ada perkataan yang baik untuk dituturkan, adalah lebih baik mendiam diri. Itu sebaiknya.


“Sebab itulah saya jaga anak sendiri”. Kalau tak ada benda baik nak komen, lebih baik berdiam diri atau cakap dengan orang terdekat sahaja.

Bila setiap kali ada kes kematian bayi di bawah jagaan pengasuh; pasti akan komen sebegini. Tak ada empati dan sensitiviti langsung.

Setiap dari kita rezekinya tak sama, kalau kalian yang ada peluang jadi suri rumah pun dikira rezeki. Ibu yang bekerja pun ada rezekinya. Yang suri rumah pun ada rezekinya.

 

Biasanya yang terpaling jaga anak sendiri ini jugalah yang
– Nak minta doktor perempuan sambut kelahiran anak
– Nak cikgu perempuan ajar anak
– Nak terapis perempuan terapikan anak
– Nak jururawat perempuan merawat.
– Nak admin perempuan angkat telefon

Ini baru ini ada kes abang bas, kalau boleh yang bawa bas atau van sekolah pun nak perempuan. Kan?

Janganlah begitu rakan-rakan, sebagai ibu kita mestilah nak yang terbaik untuk anak-anak kita. Bekerja juga salah satu jihad untuk masyarakat kita.

Anggaran 80% Occupational Therapist di satu dunia ini adalah wanita. Di Malaysia pun lebih kurang sama. Belum lagi statistik doktor perempuan, cikgu perempuan.

Semua ibu yang bekerja pasti akan sentiasa risau tentang keselamatan anak. Setiap pagi keluar tinggalkan anak pasti akan rasa berdebar.

Kita semua kena sama-sama empati, tak boleh pukul rata disebabkan ada wanita bekerja komen tak elok tentang suri rumah. Kita menghalalkan perbuatan dengan balas komen

“Sebab itulah kami jaga anak sendiri”. Jangan jadi ekstrimis, disebabkan seorang yang buat kita terasa. Kita pukul rata semua.

Mak mak yang berkerja yang komen,
– Sebab itulah aku kerja
– Wanita kena ada duit sendiri

Pada suri rumah yang diceraikan atau menjadi balu. Ini pun saya kecam. Tak ada sensitiviti & empati ❌️

Kecam pengasuh kejam ✅️
Kecam ibu bapa ❌️

Fikirkan!

Menarik: “Tak Ada Nanti Boleh Tengok Balik, Mua Bellaz Mahu Simpan Kenangan Dengan Anak-Anak

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply