Penyanyi Rock Mengaku Miliki Anak Luar Nikah, Mohon Keampunan Daripada Isteri & Keluarga

Vokalis dan gitaris Kumpulan Foo Fighters, Dave Grohl, telah mengakui yang dia baru sahaja menimang cahaya mata perempuan di luar pernikahannya.

Perkara tersebut dikongsikan ahli muzik itu dalam satu hantaran di Instagram pada 10 September 2024. Perkara ini mengejutkan kerana Dave sendiri sudah berkahwin.

“Saya baru-baru ini menjadi bapa kepada seorang bayi perempuan yang baru lahir di luar perkahwinan saya. Saya merancang untuk menjadi bapa yang penyayang dan menyokongnya,” kongsinya.

Menegaskan yang dia mahu menjadi bapa yang bertanggungjawab, dalam masa yang sama dia kini dalam proses untuk meminta maaf daripada keluarganya ekoran berita yang baru dikongsi.

“Saya sayang isteri dan anak-anak saya, dan saya melakukan segala yang saya mampu untuk mendapatkan semula kepercayaan mereka dan mendapatkan pengampunan mereka,” tambahnya lagi.

Dave telah berkahwin dengan Jordyn Blum pada 2003 dan mereka memiliki tiga cahaya mata perempuan iaitu Violet Maye Grohl, 18, Harper Willow Grohl, 15, and Ophelia Saint Grohl, 10.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply