Periksa Tanda-Tanda Bahaya Ni Pada Bayi Baru Lahir, Mak Ayah Jangan Terlambat!

Melahirkan anak pertama sememangnya saat yang dinanti-nantikan oleh yang baru bergelar ibu dan ayah.

Namun dalam rasa teruja itu banyak perkara yang perlu dikisahkan terutama permasalahan pada bayi yang baru lahir.

Sedikit demi sedikit ibu belajar mengenai bayi dan belajar mengenal mereka. Namun ini panduan dan tanda aras bayi patut diberikan perhatian dan jangan terleka. Tanda aras bahaya!

Sembilan tanda di bawah ini perlu dirawat segera oleh doktor. Jangan sesekali ambil ringan demi keselematan si manja.

1. Tak boleh buang air besar
Tidak boleh membuang air besar selepas 24 jam dibawa pulang ke rumah, merupakan tanda bahaya pada bayi baru lahir. Hal ini boleh berlaku disebabkan masalah usus tersumbat atau dubur kurang berkembang.

Jika bayi menyusu dengan baik, najis akan bertukar warna daripada hitam kepada hijau tua. Sementara itu, bayi yang diberi susu formula mungkin mempunyai najis yang lebih cair dan berwarna kuning atau coklat.

2. Sesak nafas
Tanda bahaya pada lahir baru lahir yang seterusnya adalah sesak nafas. Kekerapan pernafasan bayi secara amnya lebih cepat daripada orang dewasa, iaitu sekitar 40-60 kali seminit.

Jika bayi bernafas kurang daripada 40 kali seminit atau lebih daripada 60 kali seminit, ini bermakna mereka mungkin ada masalah kesihatan. Sekiranya keadaan ini berlaku, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan segera.

3. Tali pusat kemerahan
Tali pusat bayi yang kemerahan boleh menjadi tanda jangkitan. Semasa menjaga tali pusat bayi, anda perlu memastikan ia kekal kering dan bersih.

Hujung tali pusat akan kering dan gugur dalam tempoh satu hingga tiga minggu selepas kelahiran. Semasa proses penyembuhan, mungkin terdapat sedikit darah berhampiran tali pusat. Namun sekiranya darah terlalu banyak, anda perlu segera membawa si kecil berjumpa doktor.

4. Kerap menangis
Bayi yang baru lahir sudah tentu tidak dapat meluahkan apa yang mereka rasa. Jika anda mendapati si manja kerap menangis berterusan walaupun sedang diberi susu, pasti ada sesuatu yang tidak kena.

5. Mata bernanah
Mata bernanah pada bayi baru lahir boleh menjadi tanda jangkitan yang berpunca daripada proses kelahiran. Jika si manja mengalami perkara ini, amma boleh bertindak dengan membersihkan mata bayi menggunakan kapas dan air suam.

6. Bayi alami kuning
Jika jaundis bayi berlaku kurang dari 24 jam selepas lahir atau lebih 14 hari selepas kelahiran, ini boleh menjadi simptom demam kuning.

7. Kulit bayi jadi biru dan lebam
Bayi yang baru lahir mungkin menunjukkan tangan dan kaki yang sedikit kebiruan jika mereka berasa sejuk. Walau bagaimanapun, jika kulit berterusan biru sehingga menyebabkan sukar bernafas, itu merupakan tanda bahaya yang ibu ayah perlu tahu.

8. Kekejangan
Jika sawan bayi disebabkan oleh demam, anda boleh memberi ubat penurun demam mengikut sukatan yang disyorkan doktor.

Namun, jika keadaan bayi mengalami sawan tetapi tidak disebabkan oleh demam, anda perlu segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

9. Bayi tak mahu menyusu
Tanda bahaya pada bayi baru lahir adalah tidak mahu menyusu. Perkara ini boleh menyebabkan mereka lemah kerana mengalami dehidrasi teruk.

Jadi, sekiranya bayi anda ada tanda-tanda di atas, jangan biarkan. Cepat-cepat bawa berjumpa doktor segera.

Menarik: Moga Jadi Anak soleh, Puteri Aishah Kongsi Nama Anak, Makin Cantik Dalam Pantang

Ibu Pam Susu Bercampur Dengan Darah, Boleh Ke Bagi Pada Anak!

Tip Rangsang Bayi Merangkak, Mama Papa Boleh Cuba Praktikkan!

Ayuhhh Sertai Jom Mewarna Oyen Bintang Kecil!

Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.

Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar. https://toko.ideaktiv.com/product/jom-mewarna-oyen/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply