Kayu Katil Pelapik Tilam Daripada Terbuang, Kreatif Dijadikan Meja Jepun!

Kayu Katil Pelapik Tilam Daripada Terbuang, Kreatif Dijadikan Meja Jepun! Barang yang dah rosak atau patah di rumah tu jangan dibuang begitu sahaja, dengan olahan idea kreatif boleh digunakan dan berfungsi dengan cara lain pula.

Memang kreatif idea yang dikongsikan oleh Puan Nur Erie ini. Siapa sangka kayu katil pelapik tilam boleh dijadikan meja bersaiz rendah stail meja jepun yang berfungsi sebagai meja tambahan ketika majlis makan-makan di rumah. Malah, kaki meja pula boleh dilipat, boleh di gantung pada dinding untuk dijadikan dekorasi sekaligus dapat menjimatkan ruang pada kediaman.

Berikut perkongsian tersebut;

Saje la nk share hasil kerja bertukang makcik. Ceritanya begini.

Kayu-kayu katil (pelapik tilam) tu patah dalam 1, 2 batang, namun setengahnya masih elok. Jadi daripada terbuang, kayu-kayu yang elok tu makcik jadikan meja ( meja jepun la konon)😅.

Hehe dah siap pun meja jepun, kaki meja tu boleh dilipat. Sebenar nye meja ni tak de fungsi sangat pun kalau takde acara makan-makan. Jadi kita gantung jer la kat dinding ni, sebagai dekorasi.

Semoga memberi manfaat.. Hidup sekerang keras anak-anak, jangan mmbazir✌️.

Mesti Baca: Kilatkan Sudu Guna 2 Bahan, Cara Nenek-Nenek Tapi Berkilat Macam Baru Beli!
Baca Lagi Di Sini:Kreatif Suami Ain Edruce, Guna Kerusi Meja Makan Main ‘Roller Coaster’ Dengan Anak
Artikel Menarik:DIY Kerusi Meja Makan Yang Rosak Jadi ‘Side Table’, Punyalah Senang!

IMPIANA: Memang kreatif! daripada terbuang atau terbiar begitu sahaja, boleh juga berfungsi dengan cara lain. Boleh dijadikan inspirasi jika ada kayu katil pelapik tilam di rumah.

Sumber: Nur Erie

Follow kami di WEBSITETELEGRAMINSTAGRAMTIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply