Pelajar Perempuan Berusia 16 Tahun Ditemui Selamat Selepas Dilaporkan Hilang

Ditemui selamat setelah hilang sabtu lalu! Ahli keluarga meluahkan rasa syukur. Seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun dari sebuah sekolah berasrama penuh yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu telah ditemui dalam keadaan selamat semalam.

Pelajar tersebut, Fatin Darynn Erisha Azmirudin, berjaya ditemukan oleh ahli keluarganya dengan bantuan kenalan mereka.

 

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin, pelajar tersebut ditemukan sekitar jam 2 petang dan segera diserahkan kepada pihak polis oleh keluarganya untuk tindakan lanjut.

“Kami ingin mengucapkan penghargaan kepada orang ramai yang prihatin dan memberikan maklumat berhubung kejadian ini. Kes ini dianggap selesai, namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi memahami punca sebenar kejadian,” jelas beliau ketika dihubungi media.

 

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi tepat di mana pelajar tersebut ditemui kerana perkara tersebut masih dalam siasatan.

Artikel Trending:

Kehilangan Fatin telah dilaporkan pada Sabtu lalu apabila dia dipercayai menghilangkan diri dari asrama sekolah. Laporan mengenai kehilangan pelajar tersebut diterima oleh pihak polis pada pukul 7.20 malam, semalam.

Insiden ini telah menarik perhatian orang ramai yang bimbang akan keselamatannya, namun pelajar tersebut kini telah dijumpai dalam keadaan selamat.

Sumber: Harian Metro

Layari portal Keluarga.my untuk info terkini dan bermanfaat seisi keluarga!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan event sepanjang tahun 2024! 

 

 


Posted

in

, ,

by

Comments

Leave a Reply