Prosedur Pembedahan Berjaya Dilakukan Dari Jarak 9300 KM Antara Hong Kong dan Switzerland

Pada penghujung 1990an, internet dikatakan akan membuka pintu kepada teleperubatan yang membolehkan doktor melakukan pembedahan dari jarak jauh. Idea yang cukup murni tetapi penyelidik mula menyedari jarak yang jauh dan masa pendam internet menyebabkan ia tidak boleh dilakukan menggunakan teknologi sedia ada.

Dengan internet kini semakin pantas dan masa pendam semakin rendah, penyelidik dari Switzerland telah berjaya melakukan satu prosedur bioskop pada perut khinzir yang berada di Hong Kong sejauh 9300 km antara satu sama lain. Penyelidik mengawal mesin endoskop menggunakan alat kawalan Sony PlayStation Move dan PlayStation DualSense.

Atas sebab keselamatan, prosedur dilakukan pada perut seekor khinzir hidup dan bukannya pada manusia. Sepanjang eksperimen dilakukan, masa pendam dapat dikurangkan bawah 300 ms yang membolehkan ia dilakukan dengan jayanya.

Penyelidik dari Chinese University of Hong Kong (CUHK) dan ETH Zurich kini akan cuba mengurangkan lagi masa pendam serta meningkatkan kejituan kawalan sebelum prosedur yang sama boleh dilakukan pada seorang pesakit manusia. Teknologi ini diharapkan dapat menyelamatkan nyawa pesakit di masa hadapan sekiranya mereka tidak mempunyai akses kepada jurubedah manusia.


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply