Ducati Malaysia telah melancarkan model terbaharu mereka, Ducati Hypermotard 698 Mono. Serentak dengan pembukaan bilik pameran Ducati Johor. Model ini sudah pasti bakal menarik perhatian peminat motosikal di Malaysia dengan gabungan prestasi dan reka bentuk yang mengagumkan.
Dua Varian, Dua Gaya
Ducati Hypermotard 698 Mono hadir dalam dua varian menarik untuk pasaran Malaysia. Varian asas ditawarkan dengan warna ikonik Ducati Red, manakala varian RVE pula tampil dengan liveri Graffiti yang unik serta kerangka berwarna hitam yang menambahkan elemen agresif kepada motosikal ini.
Nadi Silinder Tunggal Superquadro Mono 659 cc
Hypermotard 698 Mono merupakan model pertama Ducati yang menggunakan enjin silinder tunggal baharu, Superquadro Mono 659 cc. Enjin ini diinspirasikan daripada enjin Panigale 1299 dan dilengkapi dengan sistem Desmodromic pada kepala enjin.
Dengan kuasa maksimum 77.5 HP dan 63 Nm tork pada 10,250 rpm, motosikal ini menawarkan prestasi yang luar biasa dalam kelasnya.
Jika itu belum cukup, Ducati menawarkan aksesori ekzos Termignoni yang boleh meningkatkan kuasa sehingga 84 HP dan 67 Nm tork. Ia sekaligus menjadikan Hypermotard 698 Mono lebih bertenaga dan garang di atas jalan raya.
Reka Bentuk Supermotard yang Ringan dan Sporti
Hypermotard 698 Mono direka dengan gaya sporti Supermotard yang memastikan kawalan optimum. Ia menggunakan kerangka trellis seberat 7.2 kg. Berat keseluruhan motosikal ini hanya 151 kg sahaja, menjadikannya lincah dan mudah dikendalikan.
Untuk meningkatkan pengalaman tunggangan, Hypermotard 698 Mono dilengkapi dengan suspensi fork USD Marzocchi 45 mm yang boleh laras di bahagian depan.
Monoshock Sachs boleh laras di belakang. Sistem brek pula menggunakan komponen berkualiti tinggi daripada Brembo. Termasuk angkup M4.32 dengan cakera 330 mm di depan dan angkup omboh tunggal jenis floating dengan cakera 245 mm di belakang.
Teknologi Terkini untuk Tunggangan Maksimum
Model ini tidak hanya menawarkan kuasa dan gaya, tetapi juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini.
Ini termasuk Sistem Bosch ABS Cornering dengan teknologi Slide By Brake, empat mod tunggangan (Sport, Road, Urban, Wet), Engine Brake Control, Ducati Traction Control, Ducati Wheelie Control, Ducati Power Launch, dan Ducati Quick Shift naik/turun (standard untuk varian RVE). Kesemua ciri ini dipaparkan melalui meter LCD bersaiz 3.8 inci.
Bagi peminat aksi wheelie, Ducati menawarkan fungsi bantuan wheelie dan perisian ekzos khusus untuk litar yang tersedia dengan pilihan ekzos Termignoni. Memastikan penunggang dapat melaksanakan wheelie dengan lebih mudah dan berpanjangan.
Harga
Untuk pasaran Malaysia, Ducati Hypermotard 698 Mono ditawarkan pada harga bermula RM70,900 untuk varian asas dan RM77,900 untuk varian RVE.
Dengan prestasi mantap, reka bentuk sporti, dan teknologi terkini, Hypermotard 698 Mono pastinya menjadi pilihan ideal bagi mereka yang mencari motosikal yang menggabungkan kuasa dan gaya dalam satu pakej.
Dari Careta
Baca Juga Ducati Panigale V4 Dengan Livery MotoGP & WSBK
++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di Youtube, Instagram & TikTok.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.