HFMD Dan Herpangina, Sama Tapi Tak Serupa, Ini Fakta Mama, Papa Perlu Ambil Tahu

HFMD dan herpangina, sama tapi tak serupa, ini fakta mama, papa perlu ambil tahu. Bila anak mula demam panas, tak mahu makan atau minum dan lemah, tolong periksa tekak, lidah dan pantau untuk ruam-ruam merah di tapak kaki, tangan ataupun punggung.
Kalau ada ulcer atau bintik merah, kebarangkalian besar anak dijangkiti virus coxsackievirus yang menyebabkan ulcer mulut (herpangina) ataupun HFMD.

HFMD Dan Herpangina, Sama Tapi Tak Serupa, Ini Fakta Mama, Papa Perlu Ambil Tahu

HFMD (Hand, Foot, and Mouth Disease) dan herpangina adalah dua penyakit yang sering menjejaskan kanak-kanak, terutama yang berusia di bawah 5 tahun. Kedua-duanya disebabkan oleh virus daripada keluarga yang sama, iaitu enterovirus, tetapi terdapat beberapa perbezaan utama antara kedua-duanya yang penting untuk difahami.

Langkah ini tolong ambil secepat mungkin!

▶️ Dapatkan rawatan dan pengesahan dengan doktor atau pakar kanak-kanak.

▶️ Jika disahkan HFMD atau herpangina, beritahu pengasuh, taska ataupun tadika untuk tindakan pembersihan

▶️ Bersihkan kawasan rumah sendiri termasuk permukaan meja, lantai dan mainan anak dan asingkan anak terjangkit daripada anak yang lain sehingga demam baik dan ulcer sembuh (biasanya 1 minggu dari mula simptom).

▶️ Tingkatkan kebersihan sendiri dan ahli keluarga dengan kerap mencuci tangan terutamanya sebelum makan dan selepas ke tandas. Kuman ini disebar melalui air liur, hingus, dan najis pesakit.

▶️ Galakkan untuk memberi minuman, susu dan makanan yang lebih, sejuk dan tidak masam/ pedas.

▶️ Ke hospital jika anak letih, tak mahu minum dan makan, sawan, ataupun kencing kurang atau kering lebih 6 jam untuk rawatan di hospital.

▶️ Pantau anak-anak lain dan kontak rapat anak dalam 3 hingga 5 hari lepas kontak untuk simptom jika ada.

Ada beza tak HFMD ini dengan herpangina (ulcer mulut)?

🔸 Herpangina biasa berlaku pada kanak-kanak umur 2 hingga 3 tahun dan ke atas, dengan DEMAM TINGGI (biasa sehingga 39-40 darjah Celcius) untuk 1-4 hari. Hanya ulcer atau bintik merah pada TEKAK dan TIADA ruam pada tangan atau kaki. Kes lebih serius disebabkan demam yang tinggi, ulcer yang sakit dan keletihan serta sakit kepala. Ramai yang perlu rawatan di hospital.

🔸HFMD atau penyakit tangan, kaki dan mulut pula biasa bermula dari bayi lagi, demam yang tak panas (kurang 38.5 darjah Celcius) untuk 1-2 hari, ulcer di tekak dan mulut serta ruam-ruam kemerahan atau bintik berair pada tapak kaki, tangan atau punggung. Kes kurang serius berbanding dengan herpangina.

🔸Kedua-dua disebabkan oleh kuman yang sama dan merebak dengan cari yang sama.
Nak elakkan sanak-saudara atau anak-anak lain jadi mangsa seterusnya, tolong KUARANTINKAN anak sekurang-kurangnya 1 MINGGU dari masa simptom bermula dan SENTIASA mencuci tangan dan jaga kebersihan anak!

Sumber: Klinik Dr Lim Baby and Child Specialist, SALAM Senawang Specialist Hospital 

Baca artikel lain juga: Tiada Vaksin Pencegah Bagi HFMD, Kerap Cuci Mainan Anak Dengan Antiseptik. Membantu Mencegah HFMD Terus Berjangkit.

Saya Dah Macam Nurse, Yusoff Kena HFMD Baby Baru Keluar Wad, Yusoff & Raudah Pula Sakit

Anak Demam Jangan Ambil Remeh Anak-Anak Positif HFMD, Amyra Rosli Titip Pesanan Untuk Mak Ayah!

 

 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!

Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply