Maria Danisha Raih Keputusan Cemerlang 8A, CGPA 3.96. Norman Hakim Luah Rasa Bangga – ‘Papa Syukur, Happy, Sebak, Bangga…’

Bapa mana yang tidak teruja dan bangga apabila anak menerima keputusan yang cemerlang. Pelakon dan pengacara, Norman Hakim baru-baru ini berkongsi keputusan peperiksaan anak ketiganya, Maria Danisha Hakim, 16.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak Dara Norman Hakim Sambut Ulang Tahun Kelahiran Ke-15, Ramai Puji Kecantikan Marissa Dania

Melalui perkongsian tersebut, Mohamed Nurhakim Zaidon atau lebih dikenali dengan Norman Hakim berkongsi momen bermakna itu ketika menghadiri sesi dialog prestasi pelajar di sekolah Maria Danisha.

Norman Hakim Norman Hakim

Lebih membanggakan, bapa kepada enam cahaya mata itu menerima keputusan cemerlang Maria Danisha yang mencatat Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 3.96 dan meraih 8A.

“Alhamdulillah syukur nikmat pencapaian terbaik dari exam sebelum untuk Baby Danisha.

Beliau dalam masa yang sama berharap anak perempuan keduanya itu memastikan momentum kecemerlangan diteruskan menjelang Sijil Pelajaran Malaysia tahun hadapan.

“Semoga Baby Maria Danisha terus istiqamah dalam mengekalkan momentum dan konsistensi untuk semua subjek hingga peperiksaan akhir tahun.

“Cabaran sebenar adalah untuk SPM tahun depan, 2025,” titip Norman tentang harapannya.

Norman Hakim Norman Hakim

Warganet mengucapkan tahniah buat Maria Danisha yang mesra disapa Baby. Rata-rata memuji pencapaian cemerlang yang wajar dijadikan inspirasi.

Selain Maria Danisha, Norman memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinannya dengan Abby Abadi iaitu Mohd Danish Hakim, 21 yang merupakan huffaz al-Quran dan Marissa Dania Hakim, 19.

Selepas berpisah pada tahun 2008, Norman berkahwin dengan Memey Suhaiza dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 10, Muhammad Dikhriz Hakim, 8, dan Mikayla Delisha Hakim, 5.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Sumber: Instagram Norman Hakim

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply