Cantik ‘Percuma’ Tak Perlu Keluar Kos! Ini Cara DAYAH BAKAR Jaga Penampilan Meski Bergelar Ibu Anak Dua

Dayah Bakar, merupakan figura dan nama yang tidak asing lagi dalam arena pengacaraan negara, wajah manis ibu kepada seorang cahaya mata ini seringkali menghiasi kaca-kaca televisyen bagi pelbagai program kewanitaaan dan kerohanian.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah kemulusan kulit wajah duta kepada jenama Wardeh iaitu jenama penjagaan kulit yang berasal dari Indonesia yang kini mula menempa nama dan menembusi pasaran Malaysia ini.

Justeru, NONA berkesempatan menemui Dayah Bakar pada majlis perlancaran duta sebuah jenama produk kesihatan yang menampilkan sahabat baiknya Uyaina Arshad.

Di kesempatan itu, Dayah Bakar telah berkongsikan tip kulit yang sentiasa kekal sihat dan berseri miliknya.

Dayah Pernah Hadapi Masalah Kulit Kering Dan Mudah Terbakar (Sunburn)

 

Sebelum mendedahkan tip yang diamalkan, Dayah Bakar sempat mengulas berhubung jenis kulit yang dimilikinya. Meski sentiasa kelihatan mulus dan sihat namun, sebagai selebriti Dayah akui dia juga tidak terlepas dari mengalami beberapa masalah kulit.

“Jujurnya bila bercakap mengenai skin breakdown. Tipu lah kalau kata tiada, meskipun nampak flawless dan saya tidak mempunyai masalah kulit serius seperti jerawat. Tapi saya punya muka, jenis yang cepat kering, mudah terbakar (Sunburn) dan berjelaga (tiny bumps). Lagi tak best apabila kulit saya akan ambil masa yang lama untuk dia recover semula,” ujar Dayah Bakar

Tambahnya lagi, antara amalan yang dilakukan apabila mukanya berjelaga atau sedang mengalami fasa terbakar (sunburn) Dayah Bakar akan merehatkan mukanya daripada mengenakan sebarang solekan yang tebal agar kulit dapat bernafas dan kembali seperti sediakala.

“Jadi apa yang saya selalu amalkan, adalah cuba rehatkan muka daripada ‘heavy make-up’ setiap kali saya tiada kerja, sebab kalau kerja kita memang tak boleh nak elakkan,” jelasnya.

Hanya WAJIB Amalkan Satu Tip Ini Sahaja! – Dayah Bakar

Selain mengelakkan muka mengenakan solekan yang tebal, Dayah Bakar juga mendedahkan bahawa dia akan memakai Aloe Vera gel pada wajah. Tapi tip yang paling penting tanpa perlu mengeluarkan kos adalah seperti berikut.

“Lepas tu saya akan selalu pakai Aloe Vera gel daripada Wardah dan juga minum banyak air, sebenarnya Air kosong ini adalah tip kecantikan yang paling murah dan tidak memerlukan kos pun sebenarnya,” dedahnya.

Tambahnya lagi, elakkan diri dari terperdaya dengan dakyah-dakyah orang lain atau cadangan untuk menggunakan sembarangan produk kecantikan. Mungkin peroduk itu berkesan kepada sesetengah individu, tetapi tidak memberi kesan yang sama kepada kita.

Tegas Dayah Bakar, tindakan ‘melompat produk’ ini amat berbahaya dan tidak sihat kepada kulit kita.

Kita perlu memberikan masa yabg sewajarnya untuk kulit kita sembuh, tanpa menggunakan terlalu banyak produk yang kita tidak tahu kemampuannya untuk menyembuhkan masalah kulit yang kita hadapi.

“For you to recover your skin and bagi saya satu lagi jangan mudah terpedaya dengan dakyah ‘yang ini elok, yang itu elok’ dan melompat-lompat produk.

“Kalau cuba sesuatu produk tu, ambil waktu lama sedikit, lagi-lagi kita nak bagi peluang dekat kulit kita untuk bernafas kan. Jadi itu je rutin yang saya amalkan,” katanya.

Sumber: Instagram Dayah Bakar

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!


Posted

in

, ,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply