“Anak Saya Sekarang Ada Papa Baru…”- Jue Aziz

Pelakon Jue Aziz akhirnya mengesahkan perkahwinannya melalui Instagram, sekali gus menjawab segala teka-teki tentang status dirinya.

Hampir lima tahun bergelar janda, dia mendedahkan sudah bertemu jodoh dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ridwan.

Jue memuat naik video yang memaparkan majlis pernikahannya yang berlangsung pada 18 Ogos lalu di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

“Dan apa saja nikmat dan kebaikan yang kamu ada, Ia daripada Allah.”

Jue atau Juliana Abdul Aziz, 40, berkata, dia dan suaminya sudah lama mengenali di antara satu sama lain sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Mereka melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos lalu di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.

Menerusi portal mStar, Jue meluahkan rasa syukur atas perkahwinan itu. Ibu kepada seorang anak angkat lelaki itu menjelaskan sudah lama mengenali suaminya sebelum memutuskan untuk berkahwin.

“Sepatutnya kami rancang nak bernikah hujung tahun ini tapi dipercepatkan bagi menunaikan permintaan ibu saya yang sudah berusia.

“Apa yang penting adalah restu keluarga dan anak saya sekarang ada papa baru,” katanya kepada media.

Dalam majlis baru-baru ini, Jue menerima mas kahwin sebanyak RM222 dan seutas gelang serta sebentuk cincin.

Terdahulu, Jue pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik asal Indonesia, Bayu Praman pada Mac 2014 namun bercerai pada Januari 2019.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata namun mengambil seorang anak angkat lelaki iaitu Darwish Naufal, 11.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jue Aziz (@jueaziz22_official)

Sumber: mStar & Kosmo

 


Posted

in

,

by

Tags:

Comments

Leave a Reply