Sudah hampir lima tahun menjanda, pelakon Jue Aziz kahwin lagi selepas bertemu jodoh dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ridwan.
Mereka melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos lalu di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.
Jue Aziz Kahwin
Menerusi Kosmo!, Jue atau Juliana Abdul Aziz, 40, berkata, dia dan suaminya sudah lama mengenali di antara satu sama lain sebelum memutuskan untuk berkahwin.
“Sejak bila kami kenal biarlah rahsia tetapi, kami sudah lama kenal dan bukan mudah mengambil keputusan berkahwin.
“Sepatutnya kami rancang nak bernikah hujung tahun ini tapi dipercepatkan bagi menunaikan permintaan ibu saya yang sudah berusia.
“Apa yang penting adalah restu keluarga dan anak saya sekarang ada papa baru,” katanya kepada media.
Berjodoh Dengan Suami Muda
Menerusi majlis berlangsung, Jue yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Manjalara menerima mas kahwin sebanyak RM222 berserta seutas gelang dan sebentuk cincin.
Enggan terlalu bercerita tentang peribadi suami, Jue bagaimanapun memaklumkan Ridwan seorang lelaki yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya.
“Umur dia pun rahsia. Tetapi dia lebih muda daripada saya.
“Suami seorang yang sentiasa memberi sokongan dan faham akan kerjaya saya,” ujarnya.
Jue sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik asal Indonesia bernama Bayu Praman pada Mac 2014 dan bercerai pada Januari 2019.
Hasil perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata namun mereka mempunyai seorang anak angkat iaitu Darwish Naufal, 11.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.