Motosikal Yang Sesuai Untuk Suri Rumah Menghantar Anak Ke Sekolah

Sesi persekolah bakal bermula tidak lama lagi dan ada dalam kalangan keluarga di Malaysia yang mempunyai anak yang bakal melangkah masuk ke Tabika atau Sekolah Rendah. Ada juga pengikut sosial media yang bertanya kepada Roda Panas untuk mencadangkan kenderaan yang sesuai untuk menghantar anak ke sekolah.

Jika dilihat secara praktikal, kami mencadangkan skuter sebagai salah satu kenderaan yang sesuai untuk menghantar anak ke sekolah kerana ianya mempunyai ruangan yang luas di bahagian depan kerana ada sesetengah kanak-kanak gemar untuk berdiri di bahagian depan tetapi adalah lebih selamat untuk duduk di bahagian belakang.

Hari ini penulis akan berkongsi beberapa model skuter yang sesuai  suri rumah gunakan untuk menghantar anak ke sekolah.

Yamaha Ego Avantiz – Anggaran Harga RM5536

Ego Avantiz dikuasakan oleh enjin 124 cc dengan transmisi Variable Speed. Yamaha Ego Avantiz mempunyai ketinggian tempat duduk 773 mm dengan berat 96 kg. Brek depan menggunakan Disc, dan bahagian belakang menggunakan Drum. Motosikal ini juga kerap kita lihat atas jalanraya di Malaysia. Mempunyai tangki bahan api 4.2 liter.

 

WMoto ES125 – Anggaran Harga RM4588

Skuter ini memiliki dimensi panjang 1,860mm, lebar 690mm dan tinggi 1,065mm, manakala jarak roda 1,295mm. Tinggi pelana 745mm sesuai untuk ditunggang majoriti saiz penunggang Malaysia tanpa mengira lelaki atau perempuan. Dikuasakan dengan enjin 4-lejang silinder tunggal 118.8cc penyejukan udara dengan teknologi mesra alam Environment Care System (ECS) berkuasa 8.7hp @ 7,500rpm dan tork 9.5Nm @ 6,000rpm, manakala transmisi jenis automatik CVT. Sistem suspensi jenis fork teleskopik di depan dan dwi-absorber Kayaba (KYB) yang memberikan keselesaan optimum buat penunggang dan pembonceng. Mempunyai kapasiti tangki bahan api 3 liter, antara kategori skuter 125cc yang mempunyai tangki bahan api paling kecil.

 

Honda Beat – Anggaran Harga RM5990

Model ini mempunyai tangki bahan api berkapasiti 4.2 liter, ruang simpanan barang 11.7 liter di bawah tempat duduk selain menampilkan Sistem Brek Kombi (CBS). Motosikal ini menggunakan enjin eSP (enhanced Smart Power) dengan sistem pembakaran PGM-FI, menghasilkan 8.67hp pada 7,500rpm dan tork 9.53Nm pada 6000rpm. Enjin eSP itu mematuhi piawaian emisi Euro 4 serta Energy Efficient Vehicle (EEV).

 

Benelli VZ 125i – Anggaran Harga RM5288 – RM5288

Terdapat dalam 3 pilihan warna dan 2 varian di Malaysia. VZ 125i dikuasakan oleh enjin 124 cc dengan transmisi Variable Speed. Mempunyai kuasa 8.4 hp pada 7,500 rpm dengan tork pada 9.2 nm pada 6,000 rpm dengan pengisian bahan api dilakukan oleh efi. Mempunyai tangki bahan api 4.7 liter.

 

SYM Mio 110 – Anggaran Harga RM5880

SYM Mio 110 menggunakan enjin 111 cc dengan transmisi Variable Speed. Sym Mio 110 mempunyai ketinggian tempat duduk 720 mm dengan berat 93 kg. mempunyai tangki bahan api  5.2 liter dan mempunyai ruang penyimpan yang pelbagai di bahagian hadapan dan bawah tempat duduk.

 

Modenas Karisma 125 – Anggaran Harga RM5397

Motosikal ini dijana trenkuasa patuh Eur04, 4-lejang silinder tunggal 124.8cc SOHC penyejukan udara dan sistem suntikan bahan api (FI), berkuasa 9.38hp @ 7,500rpm dan tork 10Nm @ 6,000rpm. Menggunakan  transmisi automatik CVT, dan mendapat status Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Mempunyai tangki bahan api 5.1 liter.

++Untuk update mengenai dunia automotif, jangan lupa follow kami di YoutubeInstagram &  TikTok.

 

 

 


Posted

in

,

by

Comments

Leave a Reply