Tertanya-tanya ke manakah harus korang pergi untuk luangkan masa pada hujung minggu ini? Well, ponder no more! Kami ada jawapannya.
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) bakal melangsungkan Festival Konten Digital Malaysia (MYDCF) 2024 pada 13 (Jumaat) hingga 15 (Ahad) September 2024 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Istimewanya untuk tahun ini, MYDCF akan menampilkan dua komponen utama iaitu Level Up Play dan Creators XPO KL yang akan membawa pengunjung meraikan pencapaian konten digital terbaik dari Malaysia dan Asia Tenggara.
MYDCF 2024 bakal diisi dengan pelbagai aktiviti menarik termasuklah pertandingan e-sukan, Kejohanan Permainan Mudah Alih & Kad Terbesar, Zon Permainan Interaktif, Persembahan & Aktiviti Animasi Malaysia serta peluang untuk berinteraksi bersama pencipta kandungan digital dan pempengaruh terkenal tempatan.
Korang juga akan disajikan dengan dewan pameran luas yang mengetengahkan teknologi terkini dalam perkakasan, perisian dan aksesori permainan melibatkan nama-nama besar seperti Bushiroad Asia, Acer Predator, Ultraman, Todak Studios, Detective Conan, Boboiboy, dan banyak lagi.
Dalam pada itu, terdapat beberapa aktiviti utama lain termasuklah pameran permainan indie terbesar di Asia Tenggara dengan penyertaan dari Taiwan, Australia, Hong Kong dan Malaysia.
Turut dilangsungkan di sana adalah acara Bushiroad Expo 2024, kejohanan e-sukan seperti ACER Liga Predator 2024, MLBB Junior Cup 2024, PUBGM Pertandingan Terbuka, e-Racing Antarabangsa 2024 dan Kejohanan e-Football Pocket.
Selain berpeluang berinteraksi di ruang pameran sambil mencuba produk baharu, dan menerokai teknologi terkini dalam permainan serta animasi; MYDCF 2024 turut menampilkan booth SeeNI dan KLIIK yang dibawakan oleh Nu Ideaktiv Sdn Bhd buat julung kalinya.
Bertempat di dalam Dewan 7 pada 13 hingga 15 September ini, booth SeeNI dan KLIIK akan menyediakan pelbagai aktiviti menarik serta bermacam-macam hadiah untuk korang bawa pulang.
Antara yang paling mencuri tumpuan adalah sudut podcast yang akan dilangsungkan di sana serta uji bakat Drama Pendek SeeNI pada 14 dan 15 September dari jam 3 petang hingga 5 petang bagi korang yang ingin mempamerkan bakat lakonan terpendam.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai festival yang merayakan inovasi dan kecemerlangan dalam kandungan digital di Malaysia.
Pembelian tiket untuk peserta terawal kini boleh didapati di Ticket2U dengan diskaun istimewa sehingga 25%.
Untuk info lanjut, kunjungi akaun media sosial SeeNI dan KLIIK.
View this post on Instagram
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.