Anak Terpaksa Buat ‘Personal Loan,’ Tolong Mak Ayah Bayar Hutang Kad Kredit

Anak terpaksa buat ‘personal loan,’ tolong mak ayah bayar hutang kad kredit. Dalam kehidupan moden hari ini, beban hutang semakin meningkat termasuklah hutang kad kredit.

Anak Terpaksa Buat ‘Personal Loan,’ Tolong Mak Ayah Bayar Hutang Kad Kredit

Ada situasi di mana anak-anak terpaksa mengambil pinjaman peribadi ‘personal loan’ untuk membantu ibu bapa melunaskan hutang kad kredit mereka. Keadaan ini menimbulkan dilema kewangan bagi generasi muda yang sepatutnya sedang membina kestabilan kewangan sendiri.

Berikut perkongsian Jawahir Zul Kepli Ija

Teringat masa saya mula bekerja dahulu, seorang kenalan saya yang juga baru bekerja mengambil pinjaman peribadi. Hairan juga kenapa. Kami baru bekerja dan tiada tanggungan. Kereta atau rumah pun tiada lagi.

Rupa-rupanya beliau seorang anak yang sangat baik pada ibu bapanya. Pinjaman peribadi tersebut adalah untuk membantu mereka menyelesaikan hutang kad kredit mereka.

Penggunaan kad kredit sudah terlalu tinggi, dan mungkin pembayaran yang dibuat oleh mereka kepada pihak bank adalah sekadar yang minima/wajib sahaja.

Kesanggupan seorang anak muda menanggung hutang di kala baru bekerja demi ibubapa tercinta, begitu mengagumkan saya. Selalunya ibu bapa yang berkorban segalanya untuk anak-anak, ini sebaliknya.

Ini juga menyedarkan saya bahawa ilmu pengurusan wang amat kurang dikalangan kita. Pada zaman kita mahupun zaman ibu bapa kita, tiada subjek atau pengajian formal berkaitan pengurusan duit.

Oleh itu, meskipun kita bergaji besar atau berpangkat tinggi, tidak semestinya kita tahu cara yang betul untuk membelanjakan duit, kepentingan menyimpan dan lain-lain.

Masih belum terlambat untuk kita belajar mengenai pengurusan kewangan. Atau lebih baik lagi, kita boleh rujuk sahaja kepada Licensed Financial Planner yang mahir berkaitan hal ini.

Mengambil pinjaman peribadi untuk membantu ibu bapa melunaskan hutang kad kredit adalah satu tindakan yang mulia, tetapi ia boleh membawa beban kewangan yang besar kepada anak-anak.

Adalah penting bagi setiap individu dan keluarga untuk belajar menguruskan kewangan dengan baik, agar hutang tidak menjadi satu beban yang terus menghantui generasi yang seterusnya. Pendidikan kewangan, perancangan yang teliti, dan disiplin dalam perbelanjaan adalah kunci untuk mencapai kestabilan kewangan yang berpanjangan.

Kesimpulannya belajarlah untuk mengurus kewangan dengan baik. Jangan sampai sudah pencen tapi hutang masih belum habis sehingga menyusahkan anak-anak sampai terpaksa membuat pinjaman peribadi.

Sumber: Jawahir Zul Kepli Ija

Baca artikel lain juga: Ibu Bapa Jangan Anggap Anak Sumber Income Masa Tua, Jangan Ajar Anak Hidup Untuk Ibu Bapa

Ibu Bapa Bila Tersalah Didik Anak Lelaki, Kesannya Boleh Buat Anak Jadi Ketua Keluarga Yang Gagal

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE 

“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.

“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.

“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.

Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…

Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.

Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.

Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.

 

 

per

 


Posted

in

by

Comments

Leave a Reply